Istighfar (Bahagian 1)


Maksud beristighfar :
Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lekang daripada melakukan dosa.

Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayangmembuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.






Allah SWT berfirman  yang maksudnya :

Dan Mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Muzzammil : ayat 20)