Teori dan Praktikal Haji SASER 2011

Pada tanggal 12 Febuari yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah mengadakan program teori dan praktikal haji bagi pelajar-pelajar Islam tingkatan 5. Kami menggunakan kawasan di seluruh pelosok SASER sebagai ganti kepada kawasan sebenar ketika menunaikan ibadah haji. Sementara itu, pihak Tabung Haji sebagai pengelola program telah menyumbangkan replika kaabah dan jamrah. Program ini bermula dari pukul 8.00am - 1.00pm. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar Islam tingkatan 5 dalam menjalankan Ibadah Haji dan Umrah secara menyeluruh. Melalui program teori dan praktikal haji ini, para pelajar dapat mengetahui dan mempelajari ilmu-ilmu teori berkaitan persediaan haji dan umrah dan berpeluang untuk melakukan amali ibadah haji termasuk memakai kain ihram, melontar jamrah, bertawaf mengelilingi kaabah dan bersaie. Para pelajar juga didedahkan dengan amalan-amalan sunat ketika ihram dan perkara-perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Sebelum program amali bermula, para pelajar diberi setiap seorang modul berkaitan doa-doa dan bacaan sepanjang melakukan ibadah haji selain ceramah berkenaan ibadah haji. Selepas selesai program teori dan amali haji, para pelajar dikehendaki berkumpul semula di surau untuk program kuiz penilaian tahap pemahaman pelajar mengenai program yang telah dijalankan.









Kursus Praktikal Imam dan Bilal SASER 11'

Pada 26 hingga 27 Febuari 2011 iaitu pada hari sabtu dan ahad, pihak panitia agama islam SASER telah menganjurkan Kursus Praktikal Imam dan Bilal. Kursus ini disertai oleh semua ahli BADAR dan Naqib Usrah. Objektif dan matlamat kursus ini dijalankan adalah untuk melahirkan pelajar BADAR dan Naqib Usrah yang holistik dan berkepempinan dalam menguruskan hal-hal ibadat harian. Program ini dijalankan di kawasan persekitaran sekolah. Pihak Imtiyaz Taarbiyah telah terlibat sebagai pengelola program. Di samping itu, kami juga didedahkan dengan cara-cara untuk menjadi seorang  pembaca khutbah yang mempunyai ciri-ciri idealistik dan berkarisma.

Program ini bermula pada hari sabtu dengan aktiviti ice breaking. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 9 orang. Kemudian kami dikehendaki membincangkan nama kumpulan. Program disambung pula dengan teori praktikal azan dan iqamat. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil sebagai model untuk mengalunkan azan dan iqamat. Pada waktu petang, terdapat aktiviti 'outdoor' yang dijalankan dihadapan surau sekolah. Ketika aktiviti ini, kami dikehendaki membawa kain untuk menutup mata. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melambung belon dan kembara dengan menutup mata. Pada malam hari, setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan sesama usrah yang diketuai oleh seorang fasilitator dari Imtiyaz. Kami dikehendaki membincangkan tentang kemusykilan-kemusykilan dalam ibadah solat. Kemusykilan ini kemudian dikumpul untuk ditanya pada slot seterusnya iaitu slot tanyalah ustaz.

Keesokan harinya, kami didedahkan dengan teori khutbah jumaat yang berkesan terhadap masyarakat melayu pada masa ini. Kami juga dikehendaki membincangkan kelemahan-kelemahan pada khutbah yang disampaikan oleh khatib di kebanyakan masjid. Seterusnya, kami dikehendaki bergerak ke surau al-Mutafawwiqin untuk amali penyampaian khutbah jumaat beserta azan. Program ini berakhir pada jam satu tengah hari dengan majlis perasmian penutupan oleh pengetua SASER sendiri.



Diari Seorang Ayah

26 Januari 1992.

Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.

26 Januari 1995.

Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.

Januari 1998.

Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.

Januari 1999.

Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.

Cara Rasulullah Melayani Isterinya

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’ 

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Bagaimana memudahkannya? 
 
LALUAN MENUJU KE KUBUR  
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia 

d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL  
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal 

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala  

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR  
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar 

d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN  
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit 

d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH  

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN  
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH 

d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM  
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara' 

d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA 
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat 

d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA  
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH 

d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD 
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH

d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.  

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH 
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH

d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya