Program ini bermula pada hari sabtu dengan aktiviti ice breaking. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 9 orang. Kemudian kami dikehendaki membincangkan nama kumpulan. Program disambung pula dengan teori praktikal azan dan iqamat. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil sebagai model untuk mengalunkan azan dan iqamat. Pada waktu petang, terdapat aktiviti 'outdoor' yang dijalankan dihadapan surau sekolah. Ketika aktiviti ini, kami dikehendaki membawa kain untuk menutup mata. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melambung belon dan kembara dengan menutup mata. Pada malam hari, setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan sesama usrah yang diketuai oleh seorang fasilitator dari Imtiyaz. Kami dikehendaki membincangkan tentang kemusykilan-kemusykilan dalam ibadah solat. Kemusykilan ini kemudian dikumpul untuk ditanya pada slot seterusnya iaitu slot tanyalah ustaz.
Keesokan harinya, kami didedahkan dengan teori khutbah jumaat yang berkesan terhadap masyarakat melayu pada masa ini. Kami juga dikehendaki membincangkan kelemahan-kelemahan pada khutbah yang disampaikan oleh khatib di kebanyakan masjid. Seterusnya, kami dikehendaki bergerak ke surau al-Mutafawwiqin untuk amali penyampaian khutbah jumaat beserta azan. Program ini berakhir pada jam satu tengah hari dengan majlis perasmian penutupan oleh pengetua SASER sendiri.