Teori Dan Praktikal Haji 2014

Pada tanggal 1 Mac yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah mengadakan program teori dan praktikal haji bagi pelajar-pelajar Islam tingkatan 5. Kami menggunakan kawasan di seluruh pelosok SASER sebagai ganti kepada kawasan sebenar ketika menunaikan ibadah haji. Sementara itu, pihak Tabung Haji sebagai pengelola program telah menyumbangkan replika kaabah dan jamrah. Program ini bermula dari pukul 8.00am - 1.00pm. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar Islam tingkatan 5 dalam menjalankan Ibadah Haji dan Umrah secara menyeluruh. Melalui program teori dan praktikal haji ini, para pelajar dapat mengetahui dan mempelajari ilmu-ilmu teori berkaitan persediaan haji dan umrah dan berpeluang untuk melakukan amali ibadah haji termasuk memakai kain ihram, melontar jamrah, bertawaf mengelilingi kaabah dan bersaie. Para pelajar juga didedahkan dengan amalan-amalan sunat ketika ihram dan perkara-perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Sebelum program amali bermula, para pelajar diberi setiap seorang modul berkaitan doa-doa dan bacaan sepanjang melakukan ibadah haji selain ceramah berkenaan ibadah haji. Selepas selesai program teori dan amali haji, para pelajar dikehendaki berkumpul semula di surau untuk program kuiz penilaian tahap pemahaman pelajar mengenai program yang telah dijalankan. Berikut merupakan gambar teori dan praktikal haji.



















Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Sekolah 2014

 Pada 13 dan 27 Februari yang lalu, pihak Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama BADAR SASER telah berjaya menganjurkan program Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencari wakil sekolah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan memupuk ukhwah sesama pelajar SASER. Selain itu, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membentuk pelajar yang berkemahiran dan berbakat khusus dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Syarahan Agama. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama, Nasyid, Marhaban dan Penulisan Khat.
Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 . Program ini telah diadakan di Surau Al-Mutafawwiqin dan Dewan Putera yang bermula dari pukul 9:00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11:00 malam. Berikut adalah gambar- gambar sekitar pertandingan tersebut.

Penulisan Khat
Peserta menyampaikan syarahan



Nasyid Kediaman Kasturi 


Marhaban Kediaman Kasturi


Peserta menyampaikan syarahan


































Nasyid Kediaman Jebat















*Pemenang-pemenang tempat pertama akan mewakili SASER ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah.

Kami pihak Panitia Pendidikan Islam dan BADAR SASER ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana membenarkan serta menyokong program ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak ini yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga pemenang-pemenang bagi program ini dapat mengharumkan nama SASER di peringkat yang lebih tinggi.

Ibu atau kucing?

            Tersebut satu kisah,kisah sepasang suami isteri.Mereka sedang bersiap-siap untuk melancong ke luar negara.Sampai satu ketika,teksi untuk menghantar mereka ke airport tiba di depan pintu pagar rumah mereka.Mereka segera keluar untuk meletakkan bagasi mereka ke dalam but kereta.
             Ketika mereka menghampiri teksi itu,seekor kucing tiba-tiba menerjah masuk ke dalam rumah mereka.Si suami masuk semula ke dalam rumahnya untuk menghalau kucing itu.
             "Maaflah ya.Suami saya sedang menguruskan ibunya.Maklumlah orang tua,"kata si isteri kepada pemandu teksi itu.
              Beberapa ketika kemudian,si suami masuk ke dalam teksi tersebut dalam keadaan tercungap-cungap.
              "Macam mana?"tanya si isteri.
              "Saya dah campak betina tu ke luar.Tadi dia menyorok bawah katil.Saya pun tarik kaki dia keluar.
Ada ke patut dia cakar saya?"Jawab si suami itu.
              Si pemandu teksi terkejut beruk dengan jawapan si suami itu..


Moral: Berkatalah benar walaupun pahit,jika kita berbohong, masalah yang lebih besar akan timbul.

Ramadhan Datang lagi...


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurniaannya yang sangat luas ini.Mari kita panjatkan kesyukuran kerana Dia masih memberi kita peluang untuk hidup dalam bulan barakah iaitu bulan Ramadhan.Pada bulan inilah kita selaku umat Nabi teragung,Nabi Muhammad perlu menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk beribadah kepada Allah s.w.t .Tambahan pula musuh kita yang nyata iaitu syaitan dibelenggu daripada mengganggu anak-anak Adam.Kita disunatkan perbanyakkan ibadah seperti bertadarus Quran,solat sunat Tarawikh.Bagi orang yang berpuasa,Allah memberikan ganjaran yang besar.Orang yang berpuasa juga akan dibenarkan memasuki syurga melalui satu pintu yang diapanggil Ar-Rayyan.





Apa Ada di bulan Ramadhan?

*Kefardhuan berpuasa
Puasa bererti menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar(Subuh) sehingga terbenam matahari(Maghrib).Pada bulan inilah Allah memerintahkan seluruh umat Islam agar menjalani ibadah puasa selama sebulan lamanya.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 187:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya:Wahai Orang yang beriman!Telah aku perintahkan kepadamu agar berpuasa
sebagaimana telah aku perintahkan kepada umat terdahulu,moga-moga kamu bertaqwa.

*Pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
Pada bulan ini juga Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu-pintu neraka.Dari Abu Hurairah, dia berkata: Bahwa Rasulullah saw telah bersabda:

”Apabila datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan di belenggu.” (HR Muslim).

Maka ia menjadi peluang untuk kita untuk kita memohon keampunan daripada Allah di atas segala kekhilafan yang pernah kita lakukan.

*Malam yang lebih baik dari seribu bulan
Di bulan Ramadhan juga,terdapat satu bulan yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatul Qadr.Pada malam inilah doa-doa orang mukmin dimakbulkan Allah tanpa ada hijab yang membatasinya.Para malaikat diperintahkan untuk turun ke bumi untuk membawa membawa doa-doa orang mukmin kepada Allah.Bila berlakunya Lailatul Qadr?Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.walau bagaimanapun Nabi pernah bersabda yang bermaksud:

 "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam ini disunatkan kita untuk bangun 1/3 akhir malam,lebih kurang pukul 3 atau 4 pagi.perbanyakkan ibadah ketika itu seperti solat sunat tahajjud,solat sunat taubat,solat sunat tasbih dan membaca Al-Quran.

Oleh itu,marilah kita manfaatkan bulan Ramadhan demi mencari keredhaan-Nya.Sekian Assalamualaikum w.b.t. Selamat berpuasa!