Program Teori Pengurusan Jenazah 2011

Program Teori Pengurusan Jenazah SASER anjuran panitia pendidikan islam SASER telah diadakan pada tanggal 5 Mac 2011 bersamaan hari sabtu bertempat  di surau Al-Mutafawwiqin. Semua pelajar tingkatan 5 SASER yang beragama Islam terlibat dalam program ini. Program ini bermula dari pukul 8.00am - 1.00pm dengan dihadiri oleh ceramah jemputan dari Pejabat Agama Islam Daerah P.D. iaitu Ustaz Roslie selaku Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Islam tingkatan 5 mengenai cara-cara dan adab-adab menguruskan jenazah. Pada permulaan program, pihak penceramah memberikan taklimat tentang cara-cara untuk menguruskan jenazah dan kemudian disambung pula dengan latihan amali oleh para pelajar. Seorang pelajar, Hasanuz Zikri telah dipilih untuk menjadi model jenazah kepada penceramah. Ust. Roslie menunjukkan cara-cara menkafankan, memandikan, dan sembahyang jenazah. Amali yang dilakukan oleh para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan kelas dengan seorang pelajar dari setiap kelas menjadi model jenazah. Segala peralatan pengurusan jenazah telah disediakan oleh guru-guru panitia pendidikan Islam SASER. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

video

~TeLAgA-TeLAgA AmAl sOLeH~ (●∩_∩●)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Buat Ingatan diri sendiri dan para pembaca, semoga bermanfaat - (^_~) 

قل رسول الله صلى الله عليه واله وصحبه وسلم: احب البلاد الى الله مساجدها وأبغض البلاد الى الله أسواقها
     رواه مسلم
Maksudnya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Kawasan (tempat) yang amat disukai oleh Allah adalah masjid-masjid, dan kawasan (tempat) yang dibenci oleh Allah adalah pasar-pasar”

Keterangan:

Masjid merupakan tempat bagi umat Islam mendirikan ibadah solat yang merupakan penyambung antara seorang hamba dengan Allah (ubudiyyah). Bukan sekadar itu shj, bahkan masjid memainkan peranan yg cukup besar sbg syiar perpaduan, pentadbiran, mahkamah dan lain2. Seseorang hamba Allah itu dapat membersihkan hatinya dan dapat memberi focus pada hatinya untuk mengingati Allah s.w.t. apabila berada dalam masjid. Hal ini lah yang dikatakan ‘masjid itu merupakan khazanah-khazanah pahala yakni telaga amal soleh’. Cukup besar ertinya sekiranya kita menghayatinya.  ((~_^))

~orang yang mabuk cinta kerna Allah~ 

16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.

(surah As-Sajadah:16)
Ayat diatas sedikit sebanyak menyatakan betapa seorg hamba Allah itu sgt mencintai Tuhannya sehingga sanggup berenggang drpd kelazatan dan kesedapan nikmat dunia semata-mata mencari cinta Allah. Inilah yang dikatakan ‘org yg mabuk cintanya kpd Allah’. Dia akan melakukan apa shj kerna Allah. Disini dapat kita menimbulkan persoalan pd diri kita sendiri, sejauh mana pengorbanan cinta kita kpd Tuhan kita? Sejauh mana usaha kita untuk mengejar cinta Allah???. Banyak lagi persoalan yg boleh kita create kan.

Antara bukti kita kasih pada Allah dan Rasul ialah, kita cinta akan ilmu yakni ilmu yg mendekatkan diri kita pada Allah. “hendaklah kamu duduk dlm majlis2 para ulama’ dan dengar percakapan para fuqahak itu, kerna ia akan menghidupkan hati-hati sepertimana air hujan m’hidupkan tanah2 yang gersang.”

~Pengajarannya~

1)    Marilah kita mengimarahkan rumah-rumah Allah tanda kasih dan cinta kita kepada Tuhan kita.
2)    Marilah kita berusaha menuntut ilmu (kuliah2 kitab pengajian) utk mentaqarrubkan diri kpd Allah.

Ana tutup perkonsian yg sedikit ini dgn kalam Allah:

18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.                                                                                                       

(surah At-Taubah:18)
Syukran a’la kulli hal. ((~_^))

*mohon ditegur dan dibetulkan jika salah dan silap
                                                                                                                                                                  ~al-fakir illah~

YANG HARAM TETAP HARAM...........

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yang HARAM tetap akan HARAM......wallahualam ^_^

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS



Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. 

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
a