بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Buat Ingatan diri sendiri dan para pembaca, semoga bermanfaat - (^_~)
قل رسول الله صلى الله عليه واله وصحبه وسلم: احب البلاد الى الله مساجدها وأبغض البلاد الى الله أسواقها
رواه مسلم
Maksudnya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Kawasan (tempat) yang amat disukai oleh Allah adalah masjid-masjid, dan kawasan (tempat) yang dibenci oleh Allah adalah pasar-pasar”
Keterangan:
Masjid merupakan tempat bagi umat Islam mendirikan ibadah solat yang merupakan penyambung antara seorang hamba dengan Allah (ubudiyyah). Bukan sekadar itu shj, bahkan masjid memainkan peranan yg cukup besar sbg syiar perpaduan, pentadbiran, mahkamah dan lain2. Seseorang hamba Allah itu dapat membersihkan hatinya dan dapat memberi focus pada hatinya untuk mengingati Allah s.w.t. apabila berada dalam masjid. Hal ini lah yang dikatakan ‘masjid itu merupakan khazanah-khazanah pahala yakni telaga amal soleh’. Cukup besar ertinya sekiranya kita menghayatinya. ((~_^))
~orang yang mabuk cinta kerna Allah~
16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.
(surah As-Sajadah:16)
Ayat diatas sedikit sebanyak menyatakan betapa seorg hamba Allah itu sgt mencintai Tuhannya sehingga sanggup berenggang drpd kelazatan dan kesedapan nikmat dunia semata-mata mencari cinta Allah. Inilah yang dikatakan ‘org yg mabuk cintanya kpd Allah’. Dia akan melakukan apa shj kerna Allah. Disini dapat kita menimbulkan persoalan pd diri kita sendiri, sejauh mana pengorbanan cinta kita kpd Tuhan kita? Sejauh mana usaha kita untuk mengejar cinta Allah???. Banyak lagi persoalan yg boleh kita create kan.
Antara bukti kita kasih pada Allah dan Rasul ialah, kita cinta akan ilmu yakni ilmu yg mendekatkan diri kita pada Allah. “hendaklah kamu duduk dlm majlis2 para ulama’ dan dengar percakapan para fuqahak itu, kerna ia akan menghidupkan hati-hati sepertimana air hujan m’hidupkan tanah2 yang gersang.”
~Pengajarannya~
1) Marilah kita mengimarahkan rumah-rumah Allah tanda kasih dan cinta kita kepada Tuhan kita.
2) Marilah kita berusaha menuntut ilmu (kuliah2 kitab pengajian) utk mentaqarrubkan diri kpd Allah.
Ana tutup perkonsian yg sedikit ini dgn kalam Allah:
18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.
(surah At-Taubah:18)
Syukran a’la kulli hal. ((~_^))
*mohon ditegur dan dibetulkan jika salah dan silap
~al-fakir illah~