Program Teori Pengurusan Jenazah 2011

Program Teori Pengurusan Jenazah SASER anjuran panitia pendidikan islam SASER telah diadakan pada tanggal 5 Mac 2011 bersamaan hari sabtu bertempat  di surau Al-Mutafawwiqin. Semua pelajar tingkatan 5 SASER yang beragama Islam terlibat dalam program ini. Program ini bermula dari pukul 8.00am - 1.00pm dengan dihadiri oleh ceramah jemputan dari Pejabat Agama Islam Daerah P.D. iaitu Ustaz Roslie selaku Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Islam tingkatan 5 mengenai cara-cara dan adab-adab menguruskan jenazah. Pada permulaan program, pihak penceramah memberikan taklimat tentang cara-cara untuk menguruskan jenazah dan kemudian disambung pula dengan latihan amali oleh para pelajar. Seorang pelajar, Hasanuz Zikri telah dipilih untuk menjadi model jenazah kepada penceramah. Ust. Roslie menunjukkan cara-cara menkafankan, memandikan, dan sembahyang jenazah. Amali yang dilakukan oleh para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan kelas dengan seorang pelajar dari setiap kelas menjadi model jenazah. Segala peralatan pengurusan jenazah telah disediakan oleh guru-guru panitia pendidikan Islam SASER. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.