"TERLANJUR" atau "MELANJUR"?


Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.
1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?

2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?

3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai?

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha daripada ahli-ahli Badar Saser kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh Malaysia amnya dan pelajar-pelajar Saser khasnya.

Video Sempena Jamuan Badar 2010

       Tayangan ini khas untuk semua sempena majlis jamuan akhir tahun dan mesyuarat agung BADAR SASER SESI 2009/2010 serta pembubaran SAF KEPIMPINAN SESI 2009/2010.

 

video

 

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAHkesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAHdoa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAHNabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAHNabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAHAllah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAHpintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Ibu, Dari Mana Datangnya Semua Ini?

Di sebuah rumah di pinggir kota,
Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak makanan.
Kali ini mereka cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang dan tepi depan rumah mereka.
Ada tomato, ada cili, ada halia, ada kunyit, ada serai, ada daun salad dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.
Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah dan ibunya.
Sedang ia makan, dia bertanya kepada ibunya.
"Ibu, makanan hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini dan rasa sedap ni ibu?"
Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.
Ibunya sambil rasa senang dan seronok kerana dipuji cuba mula bercerita.
"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih dan lada hitam dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos dan kicap untuk perasa. Kali ini ibu cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun kita di belakang rumah tu, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."

Jamuan Badar 2010 dan Mesyuarat Agung


Majlis Jamuan Akhir Tahun BADAR dan Muktamar Agung Badar sesi 2009/2010 diadakan dengan objektif untuk meraikan ahli-ahli BADAR tingkatan 5 atas segala curahan bakti dan khidmat yang telah diberikan sepanjang bergelar ahli BADAR bagi sesi 2009/2010. Majlis ini juga amat signifikan kerana Muktamar Agung pada majlis ini adalah muktamar yang terakhir bagi ahli BADAR tingkatan 5 sekaligus menyaksikan penyerahan tugas kepada ahli BADAR tingkatan 4 untuk meneruskan legasi perjuangan dakwah di bumi SASER sesuai dengan moto BADAR - WAHANA INTEGRASI ISLAM.

Tentatif majlis jamuan Badar
        Majlis dimulakan apabila pengerusi majlis, Hilmi Amri, mempersilakan saundara Faris Fitri untuk membacakan doa pembukaan majlis dan diteruskan dengan ucapan daripada GPK 1 En. Roslie diikuti ucapan guru penyelaras badar Ustazah Najdah yang sedikit sebanyak memberi semangat buat badar form 4 untuk menjalankan tugas mulia sebagai Badar pada tahun hadapan. Majlis diteruskan dengan ucapan terakhir dan pembubaran Badar 2009/2010 oleh YDP Badar 09/10, saudara Adib Afifi. Saudara Hariz pula dijemput untuk menyampaikan ucapan ringkas dan padat. 
Ustazah Najdah 


Encik Roslie berucap


Mak, saya sayang MAK

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...
Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...
Aku mengimbau....
"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."
"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."
"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.
Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"
Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.
Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu.
Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.
Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.
Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.
Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk

Kerana Rakan, Diri Terjebak Dengan Zina



Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.

Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.

Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.