Jamuan Badar 2010 dan Mesyuarat Agung


Majlis Jamuan Akhir Tahun BADAR dan Muktamar Agung Badar sesi 2009/2010 diadakan dengan objektif untuk meraikan ahli-ahli BADAR tingkatan 5 atas segala curahan bakti dan khidmat yang telah diberikan sepanjang bergelar ahli BADAR bagi sesi 2009/2010. Majlis ini juga amat signifikan kerana Muktamar Agung pada majlis ini adalah muktamar yang terakhir bagi ahli BADAR tingkatan 5 sekaligus menyaksikan penyerahan tugas kepada ahli BADAR tingkatan 4 untuk meneruskan legasi perjuangan dakwah di bumi SASER sesuai dengan moto BADAR - WAHANA INTEGRASI ISLAM.

Tentatif majlis jamuan Badar
        Majlis dimulakan apabila pengerusi majlis, Hilmi Amri, mempersilakan saundara Faris Fitri untuk membacakan doa pembukaan majlis dan diteruskan dengan ucapan daripada GPK 1 En. Roslie diikuti ucapan guru penyelaras badar Ustazah Najdah yang sedikit sebanyak memberi semangat buat badar form 4 untuk menjalankan tugas mulia sebagai Badar pada tahun hadapan. Majlis diteruskan dengan ucapan terakhir dan pembubaran Badar 2009/2010 oleh YDP Badar 09/10, saudara Adib Afifi. Saudara Hariz pula dijemput untuk menyampaikan ucapan ringkas dan padat. 
Ustazah Najdah 


Encik Roslie berucap




        Sepanjang jamuan makan berlangsung, hadirin dihiburkan dengan persembahan multimedia. Selepas itu segmen yang lebih menarik bermula. Upacara pemotongan kek oleh Hicom Badar dan bacaan surat 'rahsia' diadakan. Ahli Badar tingkatan empat telah menulis surat kepada ahli badar form 5 pilihan. Sebarang komen dan luahan perasaan ditulis diatas kertas lalu dibacakan secara umum pada majlis semalam. Antara badar yang kerap di bacakan suratnya ialah Adib dan Afiq walau bagaimanapun ia tidak seperti surat yang dituliskan untuk Fahmi yang menjadi perhatian semua ahli Badar. 


Makan buah je Ucop?

Makan banyak lagi bagi cepat membesar



YDP dan NYDP(s)

        Sesi bergambar pula dimulakan di surau. Sejurus selepas bergambar aktiviti "perang belon air" pun bermula apabila Rahman membaling belon berisi air kepada sasaran utama Ucop. Adegan serang balas bermula apabila ahli-ahli Badar form 5 menyedari serangan hendap Rahman dan Iman serta rakan rakan. Walau bagaimanapun masing masing tidak sebasah Badrulhafiz yang basah disimbah sebaldi air oleh Amani. Badrul tidak perlu membalas serangan itu kerana Amani dengan bergayanya tergelincir di lantai surau yang licin dan berair. Amani juga sebasah Bad.


Sekian.