Tips menghadapi peperiksaan



         Jika dihitung, SPM bakal menjelang kurang dari dua bulan lagi. Di saat pelajar tingkatan 4 masih lagi menikmati nikmat selepas PMR, pelajar tingkatan 5 pula semakin bertungkus-lumus bersengkang mata bagi memastikan harapan guru dan ibu bapa yang digalas dapat dilaksanakan. Jadi, kami Badar Saser ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan khususnya buat murid-murid yang akan menghadapi SPM pada tahun ini dan amnya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan.

   1. Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

   2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

   3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

PUASA ENAM : BOLEHKAH DISATUKAN DENGAN PUASA QADA?



MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

Bahang Syawal masih terasa walaupun hampir melabuhkan tirainya


Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari).



Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Permintaanku....


...Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, dan diberi-Nya kepada ku kaktus berduri.

...Ku minta seekor rama-rama untuk dijadikan penghibur hati, tetapi aku diberi seekor ulat berbulu.

...Aku bersedih dan kecewa... NAMUN...

...Kaktus yang berduri itu berbunga dan indah sekali bunganya.

...Ulat yang berbulu itu pula menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik.

...Itulah jalan TUHAN... indah pada masanya..

...Tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan, tetapi kita diberikan apa yang diperlukan.

...Kita bersedih, kecewa dan terluka tetapi jauh di atas sana...

...TUHAN sentiasa mengatur yang terbail dalam kehidupan kita.

...Tuhan sentiasa mengingati kita...namun adakah kita sentiasa mengingati-NYA???

Lailatul Qadr



.1


.2


.3


.4
.5

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .