Nadwah Kepimpinan Islam Kali ke - 30

     Pada 18 Mac 2010 yang lalu bersamaan dengan 2 Rabiul Akhir 1482 Hijrah, seramai 6 orang ahli BADAR SASER telah mewakili Sekolah Menengah Sains Seremban untuk menyertai Nadwah Kepimpinan Islam kali ke-30. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Wakil BADAR diiringi oleh Ustazah Najdah Bt. Sanusi. Objektif Program ini diadakan adalah untuk membentuk sifat kepimpinan yang cemerlang di kalangan ahli BADAR.

     Wakil BADAR berkumpul di sekolah pada pukul 9.30 pagi bersama-sama wakil dari Sekolah Menengah Sains Dato Abdul Razak, Sekolah Menengah Sains Rembau dan Kolej Tunku Kursiah. Bas bertolak pada
pukul 10.00 pagi. Perjalanannya mengambil masa selama 4jam dan Alhamdulillah semuanya selamat tiba di SBPI Sabak Bernam. Kehadiran peserta disambut dengan mesra oleh pelajar-pelajar SBPI Sabak Bernam. Seterusnya semua peserta mendaftarkan diri untuk penginapan di asrama serta pembahagian kumpulan usrah.

    Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah kembara minda. Para peserta dibawa ke tempat-tempat menarik yang ada di Sabak Bernam disamping berkongsi pengalaman yang kami lalui di tempat yang berbeza mengikut kumpulan. Selain itu, terdapat 'ExploRiadah' dan pelbagai pengisian telah diadakan dengan slot ceramah.

   Pelbagai ilmu dan pengalaman baru telah ditimba oleh para peserta melalui program Nadwah Kepimpinan Islam ini. Sekian, terima kasih.