Nadwah Kepimpinan Islam



Pada 27 Februari 2010, seramai 25 ahli BADAR Sekolah Menengah Sains Seremban telah terpilih untuk menyertai Nadwah Kepimpinan Islam yang diadakan di Masjid Selat, Melaka. Ustaz Muhammad Kaspuddin B. Salahuddin telah menjadi guru pengiring bagi program ini. Kami telah berkumpul di tempat menunggu bas pada pukul 2 petang dan bertolakpada jam 2.20 petang.



Tepat jam 4.10 petang, kami selamat tiba di Masjid Selat Melaka dan disambut dengan hati yang terbuka oleh pegawai masjid yang bertugas. Selepas menunaikan solat Asar, Ustz. Kaspuddin menyampaikan taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang berada di Masjid Selat. Di sini kami lampirkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Sabtu - 27/2/2010

6.45 malam   - makan malam
7.40 malam   - solat maghrib
                            - kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Helmi Iskandar
8.45 malam    - solat Isyak
                            - ceramah 'Bagaimana Solat Boleh Mencegah Kemungkaran'
                              oleh Ustaz Ramli
10.30 malam  - minum malam
11.00 malam  - Operasi Burung Hantu yang dikendalikan oleh Ustaz
                               Kaspuddin dibantu oleh Suffian, bekas pelajar SASER

Ahad - 28/2/2010

5.30 pagi             - solat Subuh berjemaah
8.00 pagi             - sarapan pagi
8.30 pagi             - ceramah disampaikan oleh Ustaz Hafizul Iman
9.45 pagi             - minum pagi dan aktiviti kendiri
11.00 pagi           - ceramah disampaikan oleh Ustaz Hafiz B. Salleh
12.30 tengah hari - makan tengah hari
                                     - solat Zuhur
2.15 petang         - Latihan Dalam Kumpulan , dikendalikan oleh Taufik, bekas
                                      pelajar SASER.Antara aktiviti-aktivit yang dijalankan
                                      dalam LDK :
                                                             - Radio rosak
                                                             - Latihan ciri-ciri kepimpinan
                                                             - Aktiviti cakap belakang
4.45 petang         - solat Asar
                                   - minum petang
5.45 petang         - bertolak pulang

latihan kepimpinan.. ^^



aktiviti cakap belakang..

Melalui program NKI ini, kami selaku ahli BADAR SASER berharap dapat mengaplikasikan segala ilmu-ilmu yang telah ditimba sepanjang menjalani program tersebut agar syiar Islam dapat dimantapkan lagi di bumi SASER.