Praktikal JENAZAH

Pada 26 Februari 2010, Pantia Agama Islam dengan kerjasama pihak BADAR telah mengadakan program praktikal solat jenazah. Program ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar SASER untuk menguruskan jenazah apabila berlaku kematian. Program bermula seawal 8 pagi di Dewan Putra dan dimulai dengan sesi teori. Pelajar diajar secara teori cara-cara memandikan dan mengkafankan jenazah.
Program diteruskan dengan praktikal memandikan dan mengkafankan jenazah dan diakhiri dengan praktikal solat jenazah. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan terhadap pelajar untuk menguruskan jenazah jika berlaku kematian bahkan bertepatan dengan tuntutan fardhu kifayah. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar ilmu yang bermanfaat ini dapat terus dikongsikan.


penceramah menunjukkan cara mengkafankan yang betul


mayat yang masih baru ^^

tempat mayat hidup dikafankan

sekian sahaja ^^