Merokok adalah HARAM

Pandangan ilmuan islam mengenai hukum rokok



Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Fatwa Muasirah berkata, "Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan rokok tidak dapat diterima sama sekali. Malah, pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum : makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya."

Sesungguhnya Islam telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan dhorar (memudharatkan orang lain) atau dhiror (membalas perbuatan orang lain dengan kemudharatan). Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok tersebut.



Antara pandangan ilmuwan Islam mengenai rokok :

"...memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok diputuskan sebagai haram.." Sheikh Abdul-Aziz Abdullah Bin Bazz, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi.

"... kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan di dalamnya..." Ulama Al-Azhar Lujnah fatwa di Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengenai menghisap rokok (ad-dukhan).
"...menghisap rokok adalah haram dalam islam..." Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir, Dr. Nasr Farid Wasil.

"...adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Justeru itu, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan..." Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq. Imam Besar Masjid Al-Azhar.



Sudah jelaslah bahawa merokok membawa pelbagai kemudharatan kepada perokok. Namun, mengapa masih ramai lagi perokok di luar sana? sebagai khalifah di bumi ini, maka menjadi tanggungjawab kita bersama menangani masalah ini. Sekian sahaja dari kami, terima kasih.