Ramadhan Datang lagi...


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurniaannya yang sangat luas ini.Mari kita panjatkan kesyukuran kerana Dia masih memberi kita peluang untuk hidup dalam bulan barakah iaitu bulan Ramadhan.Pada bulan inilah kita selaku umat Nabi teragung,Nabi Muhammad perlu menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk beribadah kepada Allah s.w.t .Tambahan pula musuh kita yang nyata iaitu syaitan dibelenggu daripada mengganggu anak-anak Adam.Kita disunatkan perbanyakkan ibadah seperti bertadarus Quran,solat sunat Tarawikh.Bagi orang yang berpuasa,Allah memberikan ganjaran yang besar.Orang yang berpuasa juga akan dibenarkan memasuki syurga melalui satu pintu yang diapanggil Ar-Rayyan.





Apa Ada di bulan Ramadhan?

*Kefardhuan berpuasa
Puasa bererti menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar(Subuh) sehingga terbenam matahari(Maghrib).Pada bulan inilah Allah memerintahkan seluruh umat Islam agar menjalani ibadah puasa selama sebulan lamanya.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 187:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya:Wahai Orang yang beriman!Telah aku perintahkan kepadamu agar berpuasa
sebagaimana telah aku perintahkan kepada umat terdahulu,moga-moga kamu bertaqwa.

*Pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
Pada bulan ini juga Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu-pintu neraka.Dari Abu Hurairah, dia berkata: Bahwa Rasulullah saw telah bersabda:

”Apabila datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan di belenggu.” (HR Muslim).

Maka ia menjadi peluang untuk kita untuk kita memohon keampunan daripada Allah di atas segala kekhilafan yang pernah kita lakukan.

*Malam yang lebih baik dari seribu bulan
Di bulan Ramadhan juga,terdapat satu bulan yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatul Qadr.Pada malam inilah doa-doa orang mukmin dimakbulkan Allah tanpa ada hijab yang membatasinya.Para malaikat diperintahkan untuk turun ke bumi untuk membawa membawa doa-doa orang mukmin kepada Allah.Bila berlakunya Lailatul Qadr?Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.walau bagaimanapun Nabi pernah bersabda yang bermaksud:

 "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam ini disunatkan kita untuk bangun 1/3 akhir malam,lebih kurang pukul 3 atau 4 pagi.perbanyakkan ibadah ketika itu seperti solat sunat tahajjud,solat sunat taubat,solat sunat tasbih dan membaca Al-Quran.

Oleh itu,marilah kita manfaatkan bulan Ramadhan demi mencari keredhaan-Nya.Sekian Assalamualaikum w.b.t. Selamat berpuasa!