Bengkel Pengurusan Jenazah 2013 (part 1)

 Badar Saser telah mengadakan bengkel pengurusan jenazah bagi sesi 2013.Objektif penganjuran bengkel adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik pengurusan jenazah.Bengkel ini telah dibimbing oleh seorang pesara tentera dari Kem Artileri Sikamat,Ustaz X dengan dibantu oleh beberapa orang pembantunya.Firman Allah s.w.t:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali Imran : 185).


Maka apabila berlaku kematian,adalah suatu fardu kifayah untuk kita menguruskan jenazah tersebut.Ada 4 kewajipan kita keatas jenazah tersebut,iaitu:
                                                        
                                                                               -Memandikan jenazah
                                                                               -Mengkafankan jenazah
                                                                               -Menyembahyangkan jenazah
                                                                               -Mengebumikan jenazah    


Memandikan Jenazah

Allah sangat sukakan kebersihan.Maka adalah diwajibkan bagi sesuatu jenazah itu untuk dimandikan walau dalam apa jua keadaan kecuali jenazah tersebut dalam keadaan mati syahid.Ketika perang Uhud,Jabir r.a mengatakan bahawa Rasulullah memerintahkan agar mayat sahabat yang gugur di medan perang agar ditanam bersama darah mereka tanpa dimandikan atau disolatkan.(Riwayat Bukhari).Cara memandikan jenazah adalah sama seperti mandi junub tetapi haruslah dilaksanakan dengan penuh kelembutan agar jasad tidak terseksa.Jenazah juga hendaklah diwudukkan untuk disolatkan kemudian.Antara keperluan untuk memandikan jenazah ialah:

  1. Tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air mutlak.
  5. Sugi.
  6. Sarung tangan bagi tukang mandi jenazah.
  7. Air kapur barus.
  8. Baldi serta gayung.
Perlu diingat bahawa segala jenis kotoran samada yang terlihat di luar badan atau di dalam seperti najis dalam perut harus dikeluarkan dengan memicit secara perlahan di perut si mati.
Antara gambar yang sempat diambil ketika segmen memandikan jenazah:















bahagian seterusnya akan dipost kemudian..





                                                                                                                

Mana Satu Pilihan Kita ?

Manfaat Memberi Maaf

1. Mendapat keampunan Allah.
2. Mendapat pahala sunnah Rasulullah.
3. Menikmati ketenangan diri.
4. Merapatkan jemaah ukhwah Islamiah.
5. Membina strategi, meningkatkan produktiviti.
6. Melahirkan masyarakat.

Mudarat Akibat Tidak Memberi Maaf.

1. Dimurkai Allah.
2. Jiwa sentiasa resah oleh sifat hasad, dendam dan marah.
3. Meruntuhkan persaudaraan dan perpaduan.
4. Menurunkan produktiviti dan kualiti kerja.
5. Memporak-perandakan masyarakat.



Sumber : Solusi Isu 55 (Mei 2013)

Engkau mengatakan Ini Khabar Gembira??


Pada suatu ketika di kota Basrah ada dua orang ahli hadis (Muhaddithin) yang sangat hebat. Mereka ialah :

1. Muhammad bin Bashar yang terkenal dengan gelaran Bundar.
2. Muhammad bin Al-Muthanna yang biasa dipanggil Abu Musa al-Zamin.

   Kedua-dua orang ulama ini bersaing dalam bidang ilmu terutamanya ilmu Hadis. Penduduk Basrah melihat Abu Musa lebih alim daripada Bundar. Namun pelajar asing yang datang ke Basrah lebih suka menimba ilmu daripada Bundar......

Muhammad bin Musayab bercerita :

 Pada hari kematian Bundar, seseorang datang ke rumah Abu Musa.

   Dia berkata : "Aku membawa khabar gembira untuk tuan, wahai Abu Musa. Bundar telah meninggal dunia."Orang itu menyangka Abu Musa akan bergembira mendengar kematian pesaingnya. Dia membayangkan Abu Musa akan menjadi satu-satunya ahli hadis (Muhaddithin) yang menjadi rujukan para pelajar di Basrah selepas ini.

   Namun sungguh mengejutkan hal yang berlaku. Abu Musa menunjukkan kemarahannya dengan sikap lelaki itu. Beliau bersumpah tidak akan menyampaikan hadis kepada sesiapa lagi.

  Abu Musa berkata : "Engkau mengatakan ini khabar gembira? Aku bersumpah akan melakukan ibadah haji 30 kali jika aku menyampaikan hadis selepas ini!"

   Abu Musa menjaga sumpah ini sehingga beliau meninggal dunia 90 hari kemudian......

Allah tidak jemu, Usah kita pula yang tidak sudi


''Jikalau seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia merayu : "Ya Allah, ampunilah dosaku!" Maka berfirmanlah Allah : "Hamba-Ku melakukan sesuatu dosa, lalu dia meyakini bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu."

Kemudian apabila hamba itu mengulangi dosa itu lagi, lalu dia merayu : "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku!" Maka Allah berfirman : "Hamba-Ku melakukan dosa lagi, namun dia tetap yakin bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu."


Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi kemudiannya merayu : "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku!" Maka Allah berfirman : "Hamba-Ku berbuat dosa lagi, tetapi ia sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu. Aku tetap mengampuni dosa hamba-Ku itu. Lakukanlah apa-apa sahaja (Allah tetap tidak jemu mengampunkan dosanya setiap kali dia bertaubat)!"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#Walaupun kita telah melakukan banyak dosa......mintalah ampun kepada Allah S.W.T...sesungguhnya Allah tidak jemu mendengar doa dan rintihan hambanya yang mengharapkan pengampunan daripda pencipta-Nya......

Semoga kita menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertakwa.....Assalamualaikum...