Muktamar Sanawi BADAR SASER 2011

Pada 3 November 2011, BADAR SASER 2012 dengan kerjasama ustaz dan ustazah selaku guru penasihat BADAR SASER telah menganjurkan satu jamuan makan malam dan Muktamar Sanawi BADAR SASER 2011. Objektif utama program ini adalah bagi menghargai ahli BADAR SASER 2011 serta mempererat hubungan antara ahli BADAR tingkatan 5 dan tingkatan 4 serta guru-guru penasihat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Ali Ahmad Bin Mazlan. Selepas itu, Majlis mempersilakan, Guru penyelaras BADAR 2011 iaitu Ustaz Mohd Kaspuddin untuk menyampaikan ucapan dan diikuti oleh Amanat daripada Tuan Hj. Sabuddin, pengetua SASER. Pada malam itu, jemputan-jemputan dan ahli BADAR telah dihidangkan dengan Nasi Kerabu, Sate dan Kek Keju.

Ketika jamuan makan berlangsung, para tetamu juga telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia. Selepas jamuan makan malam berlangsung, majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek oleh HICOM BADAR SASER 2011.

Muktamar Sanawi pula menyusul sejurus sahaja jamuan makan malam selesai. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Kaspuddin selaku guru penyelaras. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan diikuti pula oleh ucapan YDP BADAR SASER 2011, saudara Hariz (5 Alfa) dan diikuti oleh ucapan daripada NYDP BADAR SASER 2011 iaitu saudara Jalaluddin (5 Beta). Tepat jam 2335, YDP BADAR SASER 2011 mewakili semua ahli BADAR telah membubarkan ahli jawatankuasa BADAR 2011. Sejurus kemudian, Ustaz Mohd Kaspuddin telah memperkenalkan HICOM yang menjadi tonggak utama organisasi BADAR 2012.

Yang Dipertua: Zharif Fikri Bin Na'am
N. Yang Dipertua 1 : Ahmad Nur Rifhan Bin Supian
N. Yang Dipertua 2 : Ahmad Zuhdi Bin Ahmad Shaarani
Setiausaha : Muhammad 'Ilman Bin Ashry
Bendahari : Syukri Bin Airil

Moga-moga dengan pelantikan tersebut, ahli BADAR pada tahun hadapan akan dapat menggalas tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Ucapan terima kasih kepada para jemputan kerana dapat hadir ke majlis yang penuh bermakna ini. Sekalung penghargaan juga kepada ustaz dan ustazah yang tidak jemu dalam memberi tunjuk ajar dalam menjayakan majlis ini. Semoga, dengan majlis ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara ahli BADAR SASER dan guru-guru. InsyaAllah.