Minggu Penghayatan Islam SASER 2011




Pada tarikh 27 Jun 2011 sehingga 2 Julai 2011 bersamaan 25 Rejab sehingga 30 Rejab 1432H, Badan Dakwah Agama dan Rohani Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) dan Panitia Pendidikan Islam SASER telah menganjurkan Minggu Penghayatan Islam yang merupakan program tahunan di SASER bertempat di Dewan Putera dan sekitar kawasan sekolah. Pada tahun ini, tema yang digunakan ialah “ Islam itu Sejahtera dan Syumul”.
Objektif program ini adalah untuk menghayati keindahan seni Islam sebagai agama yang luhur dan suci, mendedahkan cara kehidupan Islam yang sebenar kepada pelajar, memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat mereka melalui persembahan yang dijalankan, mempraktikkan cara menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat agar dapat diasimilasikan ke dalam kehidupan seharian.
            Antara pengisian Minggu Penghayatan Islam pada tahun ini ialah, pertandingan Futsal Inter Usrah yang melibatkan 60 pasukan yang bertanding, pertandingan Sajak berunsurkan Islam seramai 17 penyajak, pertandingan Khat disertai sermai 13  orang peserta, pertandingan Nasyid antara kediaman, pertandingan Kuiz Tokoh-tokoh Islam, hukuman kepada pelajar yang suka mencarut, Iftar Jamaie dan sebagainya.
            Selesai solat Maghrib pada tanggal 2 Julai, para pelajar bergegas ke Dewan Putera dengan memakai baju Melayu dan bersandal. Pameran dan jualan buku serta cenderahati yang diadakan mendapat sambutan yang mengagalakkan daripada para pelajar dan guru-guru yang hadir. Lebih kurang jam 8.30 malam, majlis dimulakan dengan aluanan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh saudara Jalaluddin bin Mohd Zaiki dan  ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu saudara Khairuzzaman dan Khairul Ikhwan. Bacaan doa diketuai oleh saudara Muhammad Asri bin Daud. Kemudian, ucapan Pembukaan oleh Pengarah Program Malam Penghayatan Islam 2011, Saudara Muhammad Hariz bin Abdul Halid merangkap YDP BADAR SASER.
Program bersambung dengan deklamasi sajak oleh saudara Arif Aminuddin bin Adnan dan diikuti oleh persembahan nasyid sekolah, serta Pementasan Drama oleh calon BADAR tingkatan 4 dan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid cilik iaitu kumpulan Al-Akhdan yang begitu memukau semua yang hadir dengan lagunya, ’Di Tirai Malam?’. Sebelum tirai ditutup, para hadirin dikejutkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak penutup oleh en. Mohd Kaspuddin yang sungguh memukau dan menginsafkan. Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.
Sebelum kami mengundurkan diri, dijemput En. Norazhar bin Mohd Shah mengiringi tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan sepanjang Minggu Penghayatan Islam.

·         Pemenang bagi pertandigan khat
1.      Tempat ketiga : saudara Shafiq Nasran dari kelas 5 Delta
2.      Tempat kedua : saudara Farithhezwan dari kelas 4 Zeta
3.      Tempat pertama : saudara Zharif Fikri dari kelas 4 Theta

·         Pemenang pertandingan kuiz dan teka silang kata
1.      Tempat ketiga : saudara Muhammad Izzat Mohd Salomon dari kelas 4 omega
2.      Tempat kedua : saudara Muhammad Zafri Zaqwan bin Mohd Ridzuan dari kelas 4 Iota
3.      Tempat pertama : saudara Muhammad Nur Iman bin Abd Rahman dari kelas 4 Theta

·         Pemenang pertandingan sajak
1.      Tempat ketiga : saudara Muhammad Syahid bin Muhamed Saad dengan sajak yang bertajuk Kalbu Si Muslim
2.      Tempat kedua : saudara Arif Aminuddin Adnan dengan sajak bertajuk Layar Latar Usrahku.
3.      Tempat pertama : saudara Muhammad Naufal bin Mohmad Shahrir dengan sajak bertajuk Islam Itu Syumul.

·         Pemenang pertandingan nasyid
1.      Tempat ketiga : JEBAT
2.      Tempat kedua : TUAH
3.      Tempat pertama : KASTURI
v  Kediaman LEKIR tersingkir kerana tidak menepati dan mematuhi syarat pertandingan itu bilangan ahli pasukan yang tidak memenuhi syarat iaitu kurang dari syarat yang ditetapkan iaitu seramai 9 orang.

·         Pemenang pertandingan Futsal inter Usrah
1.      Tempat keempat : kumpulan PAX MALAYA FC
2.      Tempat ketiga : Kumpulan SEMUT FC
3.      Tempat kedua : kumpulan TAUKE IKAN BAUNG FC
4.      Tempat pertama : kumpulan GEGAR FC


Akhir kata dari kami, Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang telah menjayakan program ini. Kami, pihak BADAR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang sudi menjayakan program ini. Kami amat berharap agar program-program bercorakkan kerohanian, pendidikan di samping menghiburkan seperti Minggu Penghayatan Islam ini dapat diadakan pada tahun-tahun akan datang.
Sekian, terima kasih