ISLAMIA YOUTH FORUM 2011



Islamia Youth Forum (IYF 2011) merupakan suatu program yang melibatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Semenanjung Malaysia yang terlibat dalam pengurusan aktiviti-aktiviti kerohanian di sekolah masing-masing. Program ini telah menjemput wakil BADAR (Badan Dakwah, Agama Dan Rohani) dan biro-biro kerohanian bagi setiap sekolah. Tema bagi forum kali ini ialah ‘Generating Better Future’ yang menekankan tentang kepentingan generasi kini untuk menjana transformasi dari segi cara berfikir, bertindak serta mentarbiah diri dan masyarakat bagi menyelamatkan agama dan umat Islam.

Antara Objektif program ini adalah :-

-                 Sebagai platform untuk wakil BADAR setiap sekolah untuk berkongsi dan berhubung antara satu sama lain tentang program kerohanian yang dijalankan di sekolah.
-          Medan untuk mentarbiah diri bagi mendapatkan maklumat dan kemahiran dalam menjalankan kegiatan dakwah di sekolah.
-              Menekankan tentang konsep pemikiran kritikal dan kemahiran untuk memanipulasikan media-media untuk dijadikan uslub bagi kegiatan dakwah kepada pelajar dan masyarakat.

TENTATIF PROGRAM…

27/5/2011

6.30 ptg           Tiba di Kolej Burhanuddin Helmi, UKM Bangi
7.00 mlm         Pengurusan diri dan solat berjemaah
8.10 mlm         Bacaan doa oleh Syed Zahiruddin ( fasilitator dari UPM) dan Ucapan kata alu-aluan daripada Naib Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) iaitu Ustaz Mohd Fauzi Bin Asmuni.
9.30 mlm         Ice Breaking / Taaruf session
11.00 mlm       Lights off…

28/5/2011

5.30 pg            Qiamullail dan solat subuh
6.45 pg            Morning exercise (Teamwork games)
8.15 pg            Forum 1 : ‘Critical Thinking, Media and Youth
1.00 ptg           Makan Tengah hari dan solat berjemaah
2.30 ptg           Slot ‘Paper Presentation Talk from BADAR KISAS
5.00 ptg           Perbincangan dalam kumpulan
7.00 mlm         Pengurusan diri dan solat berjemaah
8.15 mlm         Forum 2 : ‘ Gen-Y and The Future of Muslim World

29/5/2011

5.30 pg            Qiamullail dan solat subuh
6.30 pg            Perbincangan dalam kumpulan
8.15 pg            Talk ‘The Guidance of Al-Quran To Practice Dakwah’ oleh Prof Madya Dr Ismail Yusoff (Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam UKM)
10.30 pg          Ceramah ‘Kesatuan dan Keberkesanan Organisasi Dakwah di Sekolah’oleh  Hj. Norzafry Bin Norhalim ( Presiden PEMBINA)
1.30 ptg           Makan tengah hari dan solat berjemaah
2.45 ptg           Pembentangan dalam kumpulan bertajuk ‘Kejatuhan Sebuah Andalus’
5.30 ptg           Bertolak pulang ke destinasi masing-masing







Minggu Penghayatan Islam SASER 2011




Pada tarikh 27 Jun 2011 sehingga 2 Julai 2011 bersamaan 25 Rejab sehingga 30 Rejab 1432H, Badan Dakwah Agama dan Rohani Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) dan Panitia Pendidikan Islam SASER telah menganjurkan Minggu Penghayatan Islam yang merupakan program tahunan di SASER bertempat di Dewan Putera dan sekitar kawasan sekolah. Pada tahun ini, tema yang digunakan ialah “ Islam itu Sejahtera dan Syumul”.
Objektif program ini adalah untuk menghayati keindahan seni Islam sebagai agama yang luhur dan suci, mendedahkan cara kehidupan Islam yang sebenar kepada pelajar, memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat mereka melalui persembahan yang dijalankan, mempraktikkan cara menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat agar dapat diasimilasikan ke dalam kehidupan seharian.
            Antara pengisian Minggu Penghayatan Islam pada tahun ini ialah, pertandingan Futsal Inter Usrah yang melibatkan 60 pasukan yang bertanding, pertandingan Sajak berunsurkan Islam seramai 17 penyajak, pertandingan Khat disertai sermai 13  orang peserta, pertandingan Nasyid antara kediaman, pertandingan Kuiz Tokoh-tokoh Islam, hukuman kepada pelajar yang suka mencarut, Iftar Jamaie dan sebagainya.
            Selesai solat Maghrib pada tanggal 2 Julai, para pelajar bergegas ke Dewan Putera dengan memakai baju Melayu dan bersandal. Pameran dan jualan buku serta cenderahati yang diadakan mendapat sambutan yang mengagalakkan daripada para pelajar dan guru-guru yang hadir. Lebih kurang jam 8.30 malam, majlis dimulakan dengan aluanan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh saudara Jalaluddin bin Mohd Zaiki dan  ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu saudara Khairuzzaman dan Khairul Ikhwan. Bacaan doa diketuai oleh saudara Muhammad Asri bin Daud. Kemudian, ucapan Pembukaan oleh Pengarah Program Malam Penghayatan Islam 2011, Saudara Muhammad Hariz bin Abdul Halid merangkap YDP BADAR SASER.
Program bersambung dengan deklamasi sajak oleh saudara Arif Aminuddin bin Adnan dan diikuti oleh persembahan nasyid sekolah, serta Pementasan Drama oleh calon BADAR tingkatan 4 dan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid cilik iaitu kumpulan Al-Akhdan yang begitu memukau semua yang hadir dengan lagunya, ’Di Tirai Malam?’. Sebelum tirai ditutup, para hadirin dikejutkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak penutup oleh en. Mohd Kaspuddin yang sungguh memukau dan menginsafkan. Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.
Sebelum kami mengundurkan diri, dijemput En. Norazhar bin Mohd Shah mengiringi tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan sepanjang Minggu Penghayatan Islam.

·         Pemenang bagi pertandigan khat
1.      Tempat ketiga : saudara Shafiq Nasran dari kelas 5 Delta
2.      Tempat kedua : saudara Farithhezwan dari kelas 4 Zeta
3.      Tempat pertama : saudara Zharif Fikri dari kelas 4 Theta

·         Pemenang pertandingan kuiz dan teka silang kata
1.      Tempat ketiga : saudara Muhammad Izzat Mohd Salomon dari kelas 4 omega
2.      Tempat kedua : saudara Muhammad Zafri Zaqwan bin Mohd Ridzuan dari kelas 4 Iota
3.      Tempat pertama : saudara Muhammad Nur Iman bin Abd Rahman dari kelas 4 Theta

·         Pemenang pertandingan sajak
1.      Tempat ketiga : saudara Muhammad Syahid bin Muhamed Saad dengan sajak yang bertajuk Kalbu Si Muslim
2.      Tempat kedua : saudara Arif Aminuddin Adnan dengan sajak bertajuk Layar Latar Usrahku.
3.      Tempat pertama : saudara Muhammad Naufal bin Mohmad Shahrir dengan sajak bertajuk Islam Itu Syumul.

·         Pemenang pertandingan nasyid
1.      Tempat ketiga : JEBAT
2.      Tempat kedua : TUAH
3.      Tempat pertama : KASTURI
v  Kediaman LEKIR tersingkir kerana tidak menepati dan mematuhi syarat pertandingan itu bilangan ahli pasukan yang tidak memenuhi syarat iaitu kurang dari syarat yang ditetapkan iaitu seramai 9 orang.

·         Pemenang pertandingan Futsal inter Usrah
1.      Tempat keempat : kumpulan PAX MALAYA FC
2.      Tempat ketiga : Kumpulan SEMUT FC
3.      Tempat kedua : kumpulan TAUKE IKAN BAUNG FC
4.      Tempat pertama : kumpulan GEGAR FC


Akhir kata dari kami, Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang telah menjayakan program ini. Kami, pihak BADAR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang sudi menjayakan program ini. Kami amat berharap agar program-program bercorakkan kerohanian, pendidikan di samping menghiburkan seperti Minggu Penghayatan Islam ini dapat diadakan pada tahun-tahun akan datang.
Sekian, terima kasih



Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak 
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “