Dakwah Kontemporari, Ilmu juga Kontemporari



Sebagai seorang umat islam, kita seharusnya mempunyai daya membimbing dengan baik. Dengan menyampaikan dakwah adalah salah satu daripada sifat sifat kepimpinan yang harus ada pada diri kita. Namun, dalam arus modenisasi yang kian deras ilmu ilmu yang ingin disampaikan juga perlu berada seiring dengan rentak bergenre kontemporari atau moden.

Justeru, sudah sampai masanya bagi umat islam memberi fokus pada ilmu ilmu penting demi masa depan yang gilang gemilang. Semua orang mengakui dunia hari ini sudah berubah dengan pesatnya apabila di bandingkan dengan keadaan sebelum ini. Perubahan ini menuntut umat islam memahami zaman ini dengan baik supaya permasalahan yang berkaitan dengan agama dapat di selesaikan dengan tepat.



CONTOH 1

Sebahagian daripada ayat Al Quran yang memfokuskan tentang kejadian langit dan bumi serta rahsia alam secara amnya. Apabila penemuan penemuan secara saintifik yang sahih dapat dikaitkan dengan ayat ayat ini, sudah pasti ia dapat menjadi modal dakwah yang menarik pada hari ini terutamanya pada orang orang bukan islam.

CONTOH 2

Sunnah sunnah nabi juga boleh dikaitkan dengan ilmu ilmu semasa bagi menampakkan keunggulan gaya hidup kehidupan Nabi Muhammad. tidur tengah hari, puasa sunat , solat solat sunat, wirid dan sebagainya mempunyai rahsia disebaliknya. Bagi meledakkan rahsia rahsia ini umat islam harus berani untuk meneroka bidang bidang baru bagi memberikan contoh contoh melalui isu isu semasa yang berkaitan. Ini bagi memudahkan pemahaman orang lain.


 CONTOH 3


Kajian kajian kontemporari termasuk yang berkaitan dengan aspek perbandingan agama amat diperlukan bagi menangkis serangan serangan musuh yang cuba mengelirukan umat islam tentang ajaran ajaran islam. Musuh musuh berusaha dengan gigih sekali bagi mengelirukan tentang Al Quran,sunnah, status wanita islam, keganasan dan seumpamanya. Jadi, penguasaan ilmu yang meluas adalah penting supaya kita sebagai pemimpin mampu bagi menyampaikan dakwah secara efektif.....