CINTA, dikala kau memutik
Hatiku sangat bahagia
Aku melarang cinta daripada di usik
Kerna aku sedang bahagia
Aku tahu kuasa CINTA
Membuatkan aku memuji TUHAN
Agar CINTA menjadi mulia
Sedamai birunya lautan
CINTA, sentiasa ada
TUHAN menjadikan cinta
Supaya kita sentiasa
MemujiNYA dan RASULNYA
ZIKRULLAH membuatkan aku mencintaiNYA
SOLAWAT menjadikan aku merindui RASULNYA
DOA mengingatkan aku kepada keluarga
Tapi bagaimana dengan si dia??
Maafkan aku kerna
Tidak mengutamakan kamu dihatiku
Kerna TUHAN itu maha KUASA
Maka DIA lah yang aku cintai dahulu
Tetapi aku pasti
Dan sanggup berjanji
Delepas CINTAku kepada ILAHI
Kaulah yang ku CINTAI