Cintaku kepadamu adalah selepas aku mencintai DIA yang ESA.


CINTA, dikala kau memutik
Hatiku sangat bahagia
Aku melarang cinta daripada di usik
Kerna aku sedang bahagia

Aku tahu kuasa CINTA
Membuatkan aku memuji TUHAN
Agar CINTA menjadi mulia 
Sedamai birunya lautan

Dakwah Kontemporari, Ilmu juga Kontemporari



Sebagai seorang umat islam, kita seharusnya mempunyai daya membimbing dengan baik. Dengan menyampaikan dakwah adalah salah satu daripada sifat sifat kepimpinan yang harus ada pada diri kita. Namun, dalam arus modenisasi yang kian deras ilmu ilmu yang ingin disampaikan juga perlu berada seiring dengan rentak bergenre kontemporari atau moden.

Justeru, sudah sampai masanya bagi umat islam memberi fokus pada ilmu ilmu penting demi masa depan yang gilang gemilang. Semua orang mengakui dunia hari ini sudah berubah dengan pesatnya apabila di bandingkan dengan keadaan sebelum ini. Perubahan ini menuntut umat islam memahami zaman ini dengan baik supaya permasalahan yang berkaitan dengan agama dapat di selesaikan dengan tepat.