Tips Bangun Subuh

      "Subuh! Subuh! Bangun!"... 

      Laungan di atas yang disertakan dengan pukulan atau hentakan di rak kasut ialah situasi yang selalunya dilalui oleh setiap pelajar di sekolah berasrama pada setiap pagi. Selalunya laungan ini bermula sejak pukul 5.30 pagi lagi. Namun begitu, apabila tiba waktu cuti dan pulang malam timbul pula situasi yang sangat berbeza di rumah. Pertama, mungkin ibu bapa kita akan mengejutkan kita di rumah. Kedua, mungkin kita akan bangun dengan sendiri ataupun yang menyedihkan, kita mungkin juga akan terlepas solat Subuh begitu sahaja kerana terlewat bangun sehingga terlepas waktu Subuh.


     Perkara yang menjadi persoalan di sini adalah bagaimana sesetengah orang sangat mudah untuk bangun pada waktu Subuh mankala kita masih terasa liat untuk bangun tatkala tiba waktu Subuh. Oleh itu, di sini kami sediakan beberapa tips untuk mudah bangun Subuh.

  • Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
  • Ambil wuduk sebelum tidur.
  • Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  • Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
  • Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  • Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
  • Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
  • Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!