Teori Dan Praktikal Haji 2014

Pada tanggal 1 Mac yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah mengadakan program teori dan praktikal haji bagi pelajar-pelajar Islam tingkatan 5. Kami menggunakan kawasan di seluruh pelosok SASER sebagai ganti kepada kawasan sebenar ketika menunaikan ibadah haji. Sementara itu, pihak Tabung Haji sebagai pengelola program telah menyumbangkan replika kaabah dan jamrah. Program ini bermula dari pukul 8.00am - 1.00pm. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar Islam tingkatan 5 dalam menjalankan Ibadah Haji dan Umrah secara menyeluruh. Melalui program teori dan praktikal haji ini, para pelajar dapat mengetahui dan mempelajari ilmu-ilmu teori berkaitan persediaan haji dan umrah dan berpeluang untuk melakukan amali ibadah haji termasuk memakai kain ihram, melontar jamrah, bertawaf mengelilingi kaabah dan bersaie. Para pelajar juga didedahkan dengan amalan-amalan sunat ketika ihram dan perkara-perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Sebelum program amali bermula, para pelajar diberi setiap seorang modul berkaitan doa-doa dan bacaan sepanjang melakukan ibadah haji selain ceramah berkenaan ibadah haji. Selepas selesai program teori dan amali haji, para pelajar dikehendaki berkumpul semula di surau untuk program kuiz penilaian tahap pemahaman pelajar mengenai program yang telah dijalankan. Berikut merupakan gambar teori dan praktikal haji.



















Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Sekolah 2014

 Pada 13 dan 27 Februari yang lalu, pihak Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama BADAR SASER telah berjaya menganjurkan program Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencari wakil sekolah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan memupuk ukhwah sesama pelajar SASER. Selain itu, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membentuk pelajar yang berkemahiran dan berbakat khusus dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Syarahan Agama. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama, Nasyid, Marhaban dan Penulisan Khat.
Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 . Program ini telah diadakan di Surau Al-Mutafawwiqin dan Dewan Putera yang bermula dari pukul 9:00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11:00 malam. Berikut adalah gambar- gambar sekitar pertandingan tersebut.

Penulisan Khat
Peserta menyampaikan syarahan



Nasyid Kediaman Kasturi 


Marhaban Kediaman Kasturi


Peserta menyampaikan syarahan


































Nasyid Kediaman Jebat















*Pemenang-pemenang tempat pertama akan mewakili SASER ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah.

Kami pihak Panitia Pendidikan Islam dan BADAR SASER ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana membenarkan serta menyokong program ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak ini yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga pemenang-pemenang bagi program ini dapat mengharumkan nama SASER di peringkat yang lebih tinggi.