Hadis 2
Anas Bin Malik berkata:
Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh badan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus.Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus.Warna kulit baginda coklat.Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.
(Direkodkan oleh Bukhari dan Tirmizi)
Keterangan : Hadis ini bertaraf Sahih. Dilaporkan oleh Humaid bin Mas'adah al-Basri,yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi dan bersumber daripada Anas bin Malik
Imam Syafie
Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib.Ayahnya meninggal ketika Imam Syafie masih kanak-kanak lagi.Ada pendapat lain mengatakan bapanya meninggal ketika beliau masih dalam kandungan ibu.
Menurut al-Hakim, nama ibu Imam Syafie adalah Fatimah binti Abdullah bin al-Hassan bin Hussain bin Ali bin Abi Talib.Tetapi pendapat yang popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah yang berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.
Beliau dilahiran di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah.Ada yang mengatakn pada malam Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia.Khalifah pada masa itu ialah Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbassiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan.Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Quran.Beliau mula menghafal Quran sejak berusia 9 tahun.Ketika berumur 10 tahun tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta' yang ditulis Imam Malik.Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjidil al-Haram.
Beliau juga adalah seorang penyair dan dapat menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail.
Semasa beliau kecil ibunya Ummu Habibah al-Uzdiyyah berdoa semoga anaknya dikurniakan kecerdasan akal supaya mudah menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.Doa ibunya di makbulkan.Pada Suatu malam,Imam Syafie bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad.Dalam mimpi itu Rasulullah bertanya siapa Imam Syafie.Dia pun menjawab dengan mengatakan nama sebenarnya Muhammad bin Idris dan dari keturunan Bani Hasyim.
Rasulullah menyuruh Imam Syafie dekat kepadanya lau beliau mengusap muka,mulut dan bibir Imam Syafie.Kemudian Rasulullah berpesan,"Pergilah engkau semoga Tuhan memberkati hidupmu".
Sejak itu daya ingatan Imam Syafie dan hafalannya sangat kuat,hingga sekiranya ada kertas catatan setinggi gunung dapat dihafalnya.
Nama isteri Imam Safie ialah Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan.Beliau adalah berketurunan Khalifah Uthman bin Affan.
Antara Guru yang mengajarnya ialah:
= Imam Ismail Kustantani (Guru Quran)
= Imam Abu Yusof
= Syeikh Isa bin Munkadir
Imam Syafie merantau di pelbagai tempat untuk menuntut ilmu...Terlalu ramai guru Imam Syafie yang hendak diberitahu.....
Antara kitab yang dikarang oleh Imam Syafie dan telah diterjemahkan.
Antara kitab-kitabnya yang terpenting:
1. Al-Hujjah
2. Al-Imlak
3. Al-'Umm
4. Mukhtasar al-Muzani
5. Al-Risalah
6. Ahkamul Quran
7. Ibtalul Istihsan
8. Al-Buwaiti
9. Al-Qais
10. Al-Musnad
11. Jami'ul Ilmi
12. Mukhtasar al-Buwaiti
13. Harmalah
14. Jami' al-Mizani as-Saghir
15. Jami' al-Muzani al-Kabir
16. Istiqbalul Qiblatain
17. Al-Amali
18. Al-Qassamah
19. Al-Jizyah
20. Qital Ahli Baghyi
Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)
Hadis 1
Anas bin Malik berkata:
"Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya) ikal tidak terlalu kerinting dan juga tidak lurus . Beliau diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan Madinah juga selama 10 tahun. Bagunda diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya."
(Direkodkan oleh Bukhari,Muslim dan Tirmizi)
Keterangan: Hadis ini bertaraf sahih.Dilaporkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi'ah bin Abu Abdurrahman yang bersumber daripada Anas bin Malik.
Anas bin Malik berkata:
"Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya) ikal tidak terlalu kerinting dan juga tidak lurus . Beliau diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan Madinah juga selama 10 tahun. Bagunda diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya."
(Direkodkan oleh Bukhari,Muslim dan Tirmizi)
Keterangan: Hadis ini bertaraf sahih.Dilaporkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi'ah bin Abu Abdurrahman yang bersumber daripada Anas bin Malik.
Subscribe to:
Posts (Atom)