Waktu subuh adalah waktu penentu kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.
Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat Subuh yang diringan-ringankan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah SAW berusaha sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu.
SEORANG penguasa Yahudi berkata: “Kami hanya akan takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat.” (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).
“Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”. (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).
Memang, tanpa solat Subuh secara berjemaah, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.
Bagaimana orang-orang muslim tidur di waktu Subuh, lalu dia berdoa pada waktu Dhuha atau waktu Zhuhur atau waktu petang hari (Asar), memohon kemenangan, keteguhan dan kejayaan di muka bumi. Bagaimana mungkin?
Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapatkan kemenangan, kecuali telah memenuhi semua syarat-syaratnya. Iaitu dengan melaksanakan ibadah, konsisten dengan akidah, berakhlak mulia, mengikuti ajaran-Nya, tidak melanggar larangan-Nya, dan tidak sedikit pun meninggalkannya, baik yang ringan apalagi yang sangat penting.
Subhanallah! Allah s.w.t. akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kegelapan menjadi keadilan, dari kerosakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi pada waktu yang mulia, ialah waktu Subuh. Berhati-hatilah, jangan sampai tertidur pada saat yang mulia ini.
Allah s.w.t. akan memberikan jaminan kepada orang yang menjaga solat Subuhnya, Iaitu dibebaskan dari seksa neraka jahanam.
Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata:
Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim).
Kesimpulan : Subuh - Suatu Turning Point Dalam Permulaan Kehidupan
Pelan Stratergik Harian BADAR SASER 2012 (Jadual Kerohanian pelajar SASER)
Jadual Kerohanian Harian Pelajar SASER 2012
ISNIN, SELASA, RABU, JUMAAT
ISNIN, SELASA, RABU, JUMAAT
- Pagi
- Solat Subuh berjemaah di surau
- Bacaan Al-Ma'thurat pagi selepas solat subuh (kecuali hari Jumaat)
- Bacaan doa pagi dan selawat ke atas Nabi (Jumaat)
- Program Jom Dhuha
- Solat Zuhur berjemaah di surau
- Sesi Taklim selepas solat Zuhur
- Aktiviti Hafalan Surah Yassin
- Solat Asar berjemaah di surau
- Bacaan Al-Ma'thurat petang
- Sesi pembudayaan Al-Quran sebelum masuk waktu maghrib
- Solat Maghrib berjemaah
- Solat sunat hajat berjemaah
- Bacaan ayat-ayat hafazan tingkatan 4 dan tingkatan 5
- Sesi Tasmik ayat-ayat hafazan
- Sesi Kultim oleh pelajar
- Solat Isyak berjemaah di surau (selepas prep)
- Bacaan surah Al-Mulk

- Bacaan surah Yassin
- Kuliah oleh Ustaz/penceramah jemputan
- Sesi Usrah dan hafalan surah Yassin
- Solat Isyak berjemaah di surau
- Bacaan surah Al-Mulk
- Pagi
- Solat Subuh berjemaah di surau
- Bacaan Al-Ma'thurat pagi selepas solat subuh (kecuali hari Jumaat)
- Bacaan doa pagi dan selawat ke atas Nabi (Jumaat)
- Program Jom Dhuha
- Solat Zuhur berjemaah di surau
- Sesi Taklim selepas solat Zuhur
- Aktiviti Hafalan Surah Yassin
- Solat Asar berjemaah di surau
- Bacaan Al-Ma'thurat petang
- Sesi pembudayaan Al-Quran sebelum masuk waktu maghrib
- Solat Maghrib berjemaah
- Solat sunat hajat berjemaah
- Solat sunat Taubat berjemaah
- Bacaan ayat-ayat hafazan tingkatan 4 dan tingkatan 5
- Sesi Tasmik ayat-ayat hafazan
- Sesi Kultim oleh pelajar
- Bacaan surah Yassin
- Solat Isyak berjemaah di surau
- Bacaan surah Al-Mulk
- Tayangan multimedia berkaitan Islam
- Pagi
- Qiamullail mingguan
- Solat Subuh berjemaah di surau
- Bacaan Al-Ma'thurat pagi selepas solat subuh (kecuali hari Jumaat)
- Bacaan doa pagi dan selawat ke atas Nabi (Jumaat)
- Kelas Tajwid dan penghayatan Al-Quran
- Hafalan Surah Yassin
- Sesi tasmik Surah Yassin
- Kultim oleh pelajar
- Program Jom Dhuha
- Solat Zuhur berjemaah di surau
- Sesi Taklim selepas solat Zuhur
- Aktiviti Hafalan Surah Yassin
- Solat Asar berjemaah di surau
- Bacaan Al-Ma'thurat petang
- Sesi pembudayaan Al-Quran sebelum masuk waktu maghrib
- Solat Maghrib berjemaah
- Solat sunat hajat berjemaah
- Bacaan ayat-ayat hafazan tingkatan 4 dan tingkatan 5
- Sesi Tasmik ayat-ayat hafazan
- Sesi Kultim oleh pelajar
- Solat Isyak berjemaah di surau (selepas prep)
- Bacaan surah Al-Mulk
Wahai Manusia, Kamulah yang Memerlukan Allah
Manusia makhluk paling istimewa yang Allah cipta. Tapi manusia makhluk yang paling suka 'buang' Allah
Sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. Tak ingat bukan? Biasalah, manusia itu insan dan insan itu sifatnya pelupa. Kalau begitu, mari kita sama-sama imbas kembali.
Ingat balik masa mula-mula kita lahir dulu. Allah bagi kita tengok dunia, keluar dari perut ibu kita dengan selamat. Ada kaki, ada tangan malah mata, mulut dan hidung kita tak terbalik kedudukannya, elok terletak di tempat yang sepatutnya. Cuba kira, berapa kali saja kita pernah rasa syukur dengan anugerah ini? Berapa kali saja kita pernah katakan, 'Ya Allah, terima kasih atas rupa yang cantik ini'?
Tanpa kita sedar, Allah bagi kita kejayaan sejak kita belum lahir lagi. Bayangkan, berjuta-juta sperma yang berebut-rebut nak jumpa dgn ovum, kita yang berjaya. Ya, kita hina. Kita ini asalnya sperma saja, tapi kita sperma yang sombong. Pernah kita rasa bersyukur atas kejayaan besar ini?
Sejak sekolah rendah Allah bagi kejayaan. Tiba-tiba sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam peperiksaan, tidak lepas masuk university, apa kita buat? Kita marah Allah. 'Penat aku belajar, Allah bagi gagal pula!', kata kita. Kita terus tinggalkan segala ibadah kerana kononnya merajuk dengan Allah.
Itu kalau tak lepas. Cuba kalau lepas dan Berjaya, kita kata, 'Alhamdulillah, usaha saya banyak, memang patut dapat keputusan cemerlang begini'. Kita 'mention' nama Allah sekali saja, buat cukup syarat. Yang banyaknya kita 'mention' nama kita, usaha kita. Sekali lagi kita 'buang' Allah. Padahal sebelum dapat, beria-ria minta pada Allah.
Bila jalan-jalan, ketika dalam keadaan musafir, cuba tanya diri sendiri, aku jaga atau tidak solat aku? Padahal rukhsah yang Allah bagi pada musafir sangatlah banyak. Jamak, qasar. Tapi masih tidak ramai yang buat. Lebih banyak yang tinggalkan, tidak solat terus. 'Takpe, di rumah aku solat penuh', kata kita. Baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita 'buang' Allah sekali lagi.
Baiklah. Cukup dengan sikap angkuh kita. Sekarang, cuba kita tukar watak.
Kita tinggal solat 5 waktu, kita kata solat itu penat, membuang masa. Apa Allah buat? Adakah Allah kata, 'penatlah jaga budak ini, tak payah jagalah, membuang masa saja'. Tidak! Allah masih jaga kita, lindung kita dari bahaya.
Kita marah Allah sebab tidak bagi apa yang kita mahu. Cuba kalau kita yang tidak bagi apa yang Allah mahu (tidak solat, tidak tutup aurat, etc), apa Allah buat? Allah masih lagi tahan langit supaya tidak jatuh pada kita, Allah masih lagi bekalkan oksigen supaya kita boleh bernafas, Allah masih lagi kawal perjalanan darah kita supaya kita mampu hidup. Berapa kali kita pernah berterima kasih padaNya?
Kita buat banyak sangat benda yang Allah larang, tapi Allah tidak pernah sesaat pun tinggalkan dan lupakan kita. Padahal, Allah dah nyatakan dalam Al Quran, yang kalau Dia mahu, bila-bila masa saja Dia boleh hapuskan kita.
Nak cipta kita sangatlah mudah bagi Allah. Padahal kita ini teramatlah 'complicated'. Cuba belajar biologi, bermacam-macam istilah yang ada dalam badan kita ini. Adakah kita fikir, untuk menghapuskan kita itu susah bagi Allah? Tidak susah sama sekali bukan?
Tapi, adakah Allah buat? Ketika kita abaikan perintah Allah, kalau Allah mahu, Dia boleh hapuskan kita pada saat itu juga. Tapi Allah tak buat begitu. Allah sentiasa tunggu kita datang dekat Dia. Allah sentiasa rindukan suara kita memohon padaNya.
Jika kita sedar, sudah berjuta-juta peluang yang kita dapat dari Allah. Kalau orang bercinta, cukup sekadar memberi hingga peluang ketiga, jika masih diulang kesilapan yang sama, alamatnya Hai Hai Bye Bye lah. Tapi Allah, tidak akan pernah jemu untuk memberi peluang baru pada kita.
Allahkah yang memerlukan kita, atau kita yang memerlukan Allah?
"wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah..."

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].
Nak cipta kita sangatlah mudah bagi Allah. Padahal kita ini teramatlah 'complicated'. Cuba belajar biologi, bermacam-macam istilah yang ada dalam badan kita ini. Adakah kita fikir, untuk menghapuskan kita itu susah bagi Allah? Tidak susah sama sekali bukan?
Tapi, adakah Allah buat? Ketika kita abaikan perintah Allah, kalau Allah mahu, Dia boleh hapuskan kita pada saat itu juga. Tapi Allah tak buat begitu. Allah sentiasa tunggu kita datang dekat Dia. Allah sentiasa rindukan suara kita memohon padaNya.
Jika kita sedar, sudah berjuta-juta peluang yang kita dapat dari Allah. Kalau orang bercinta, cukup sekadar memberi hingga peluang ketiga, jika masih diulang kesilapan yang sama, alamatnya Hai Hai Bye Bye lah. Tapi Allah, tidak akan pernah jemu untuk memberi peluang baru pada kita.
Allahkah yang memerlukan kita, atau kita yang memerlukan Allah?
"wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah..."
BERSYUKURLAH NESCAYA ALLAH AKAN TAMBAHKAN NIKMATNYA
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Ketika kehilangan sesuatu, ketika mengalami kerugian, atau ketika tidak mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, sering kali jiwa kita bergelora sehingga patah semangat, tidak lagi memiliki motivasi. Kita sering lupa mensyukuri yang sudah kita miliki, kita juga sering melupakan hikmah yang tak ternilai dari suatu kegagalan yang semestinya kita syukuri.
Padahal berdasarkan ayat di atas, jika kita mahu bersyukur maka Allah menjanjikan akan menambah nikmat kepada kita. Oleh sebab itu kita seharusnya menyukuri apa yang sudah Allah berikan kepada kita, kita juga mesti mensyukuri apa yang kita dapatkan meskipun sekecil apa pun. Ini adalah rahsia Allah melipat gandakan nikmat kepada kita. Ketika mana kita berusaha, syukurilah nikmat yang kita perolehi agar ditambah oleh Allah SWT.
Jadi, tetaplah semangat walaupun hasil kita kecil, sebab jika kita mensyukurinya, yang kecil tersebut boleh menjadi besar. Alangkah jahilnya orang yang tidak mahu mensyukuri nikmat Allah SWT. Mereka sering menyangka bahawa yang namanya nikmat itu adalah rezeki dalam bentuk kebendaan dalam kuantiti jumlahnya besar. Padahal tidak, nikmat yang sudah kita perolehi itu sangat banyak, jika kita berusaha untuk menyebutkannya, kita tidak akan mampu. Seperti yang dijelaskan dalam Al Quran,
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Surah Ibrahim:34)
Nikmatilah hidup, tetaplah semangat walaupun hasilnya kita, kerana kita boleh melipat gandakannya dengan mensyukurinya. Renungkanlah, betapa banyaknya nikmat yang sudah kita miliki. Jangan risau, jangan takut untuk gagal, sebab kegagalan sebesar apa pun tidak akan menghabiskan nikmat-nikmat yang ada pada diri kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)