Yusuf : Ahaa.. di sini daging halal...
David : Yusuf, boleh x beritahu saya apa erti Halal dan Haram? Kenapa org Islam sangat teliti dalam hal ini?
Yusuf : Hmmm..... Begini David. Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam. Al-Quran telah menggariskan perbezaan antara keduanya.
David : Boleh awak bagi saya contoh?
Yusuf : Cuba awak lihat, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ2 penting lain pada haiwan tidak rosak. Sekarang saya rasa kamu akan dapat rasai betapa beruntungnya cara penyembelihan binatang dalam Islam.
David : Apa maksud awak?
Yusuf : Ya, Islam melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang. Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik, iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.
David : Betul tu. Memang benar asid urik mengandungi banyak toksik semulajadi.di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malah diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diestrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.
Yusuf : Ya, betul tu. Sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asis urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar2 diet menyedari akan hal ini.
David : Jadi kematian haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh dan bukannya dengan mencederakan pada organ2 penting yg lain. Bercakap mengenai makanan ni, kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya?
Yusuf : Terdapat ayat Al-Quran yang melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11, verse 8, menyatakan "Pada daging khinzir itu , janganlah kamu makan, dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu". Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher. Sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun,, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.
David : Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit.
Yusuf : Ya, selain itu, mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya menbuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.
David : Hehe, terima kasih atas penerangan awak Yusuf. Baru saya faham sekarang.
Yusuf : Sama2 David. Itu memang kewajipan saya. Eh, jemput datang ke rumah saya. Saya masak special malam ini.
"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (batasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula. dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Al-Zalzalah:6-8)
Ini adalah penemuan sains, ia hanyalah sebahagian hikmah yang ditemui hasil kajian terhadap ilmu yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Mungkin banyak lagi, hikmah yang belum tersingkap.
Walau bagaimana pun pengharaman babi dan darah, bukanlah kerana faktor2 ini, tapi adalah semata-mata kerana perintah Allah.
P/S : Sila sebarkan kepada sahabat2 yang lain. Semoga ini menjadi jawapan kepada kemusykilan yang timbul. Maha Agung Allah Yang Pengasih dan Penyayang. Jumpa lagi. Assalamualaikum....
Dipetik dari : Majalah Wasilah Tarbiah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang... (09/10)