10 Pintu Syaitan Dalam Menyesatkan Manusia

Sahabat Hikmah,ketahuilah bahawa HATI adalah ibarat sebuah BENTENG. Syaitan sebagai musuh kita selalu ingin memasuki benteng tersebut. Syaitan senantiasa ingin memiliki dan menguasai benteng itu. Tidak mungkin benteng tersebut dapat terjaga selain adanya penjagaan yang ketat pada pintu-pintunya. Pintu-pintu tersebut tidak dapat terjaga kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak dapat terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada saat ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang syaitan boleh memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:  HASAD (dengki) dan TAMAK.
Ini adalah pintu terbesar dan pertama yang telah menggelincirkan Nabi Adam dan anaknya. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan masuknya syaitan. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu keduaMARAH
Ini juga adalah pintu terbesar. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada saat ini tentara syaitan akan melakukan serangan dan mereka akan mentertawakan manusia. Inilah yang terjadi seorang anak membunuh bapanya atau sebaliknya. Jika keadaan kita seperti ini, mintalah perlindungan pada Allah.

Pintu ketigaSANGAT SUKA BERHIAS-HIAS
Iaitu sangat suka berhias-hias tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempatKENYANG
Iaitu kenyang kerana telah memakan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan SYAHWAT dan melemahkan untuk melakukan ibadah pada Allah. Kerugian lain akan dia diperoleh di akhirat kelak.


Pintu kelimaTAMAK KEPADA ORANG LAIN
Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari melakukan kemungkaran.

Pinta keenam TERGESA-GESA
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadis dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.”
(Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadis ini hasan)

Pintu ketujuhCINTA HARTA
Sifat seperti ini akan membuat seseorang itu berusaha mencari harta walaubagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil, takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajipan yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan: TA'ASHUB GOLONGAN
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilanMEMIKIRKAN HAKIKAT DZAT DAN SIFAT ALLAH
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakikat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga membuat mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah akidah.

Pintu kesepuluhBURUK SANGKA
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lain. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa diri lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.



Rujukan: Mukhtashor Minhajul Qoshidin, Ibnu Qudamah Al Maqdisiy