Sahabat Hikmah,ketahuilah bahawa HATI adalah ibarat sebuah BENTENG. Syaitan sebagai musuh kita selalu ingin memasuki benteng tersebut. Syaitan senantiasa ingin memiliki dan menguasai benteng itu. Tidak mungkin benteng tersebut dapat terjaga selain adanya penjagaan yang ketat pada pintu-pintunya. Pintu-pintu tersebut tidak dapat terjaga kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak dapat terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada saat ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang syaitan boleh memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pintu pertama: HASAD (dengki) dan TAMAK.
Ini adalah pintu terbesar dan pertama yang telah menggelincirkan Nabi Adam dan anaknya. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan masuknya syaitan. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Pintu kedua: MARAH
Ini juga adalah pintu terbesar. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada saat ini tentara syaitan akan melakukan serangan dan mereka akan mentertawakan manusia. Inilah yang terjadi seorang anak membunuh bapanya atau sebaliknya. Jika keadaan kita seperti ini, mintalah perlindungan pada Allah.
Pintu ketiga: SANGAT SUKA BERHIAS-HIAS
Iaitu sangat suka berhias-hias tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.
Pintu keempat: KENYANG
Iaitu kenyang kerana telah memakan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan SYAHWAT dan melemahkan untuk melakukan ibadah pada Allah. Kerugian lain akan dia diperoleh di akhirat kelak.