Pembukaan Surau Al-Mutafawwiqin


Pintu hadapan Surau Al-Mutafawwiqin

       Pada tanggal 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431 Hijrah, Surau Al-Mutafawwiqin Saser telah mula digunakan secara rasmi setelah penantian yang lama oleh warga Saser. Surau ini mula digunakan buat julung-julung kalinya dengan ibadah fardhu Maghrib seterusnya solat sunat hajat, ceramah dan bacaan Yassin.

       Ceramah telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari Jabatan Pendidikan Bahasa Arab yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Ceramah yang diberikan adalah berkaitan bulan Ramadhan yang telah bermula sejak selasa malam yang lepas bersamaan 10 Ogos 2010.

Penceramah jemputan
     Antara isi ceramah yang telah disampaikan adalah berkaitan:-
  •  Keistimewaan bulan Ramadhan
  • Ibadah sepanjang bulan Ramadhan
  • Puasa pada bulan Ramadhan
Pelajar-pelajar Saser sedang khusyuk mendengar ceramah
Para pelajar bersemangat mengambil intipati
Petah berkata-kata
 Berikut ialah sebahagian daripada pemandangan di Surau Al-Mutafawwiqin:-

Pendangan sisi surau