Malam Penghayatan Islam Saser 2010


LAPORAN PROGRAM MALAM PENGHAYATAN ISLAM 2010

            Pada tarikh 3 Julai 2010 bersamaan  20 Rejab 1431H, Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) dan Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban telah menganjurkan Malam Penghayatan Islam yang merupakan program tahunan di SASER bertempat di Dewan Putera dan sekitar Blok Pentadbiran sekolah. Program ini berlangsung pada hari Sabtu, bermula dari pukul 2.00 petang sehinggalah 10.30 malam. Pada tahun ini, tema yang digunakan ialah “Airmata Palestin, Renungan Bersama”. Objektif program ini adalah untuk menghayati keindahan seni Islam sebagai agama yang luhur dan suci,mendedahkan cara kehidupan Islam yang sebenar kepada pelajar,memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat mereka melalui persembahan yang dijalankan, mempraktikkan cara menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat, mengingati dan menghayati setiap perjuangan serta kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara mereka, menghayati erti kemerdekaan dan kebebasan yang telah kita kecapi selama ini.

Ilmu dan Kehidupan

Ilmu dan Kehidupan

Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...



ILMU....
   Sebuah perkataan yang indah, akan tetapi tidak semua orang yang menyedarinya. Majoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk populariti dan mengejar kemewahan dunia, kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi. Akan tetapi hakikatnya adalah salah bagi orang yang mempunyai fikiran sedemikian. Hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan bukan untuk dijual beli. Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja, akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari redha Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh redha Allah, serta akan dihormati oleh manusia.