SPM 2012 !!

Assalamualaikum ^^

Terlebih dahulu ana nak minta maaf sebab sudah erm lebih kurang dua bulan la ana tidak update blog ini. hehe :3 Busy? Yes of course la. Tapi ana tak boleh use that reason nak buat excuse. Ramai je yang busy tapi sempat juga update status kat Facebook, Twitter and so on. include ana jugak la haha.


Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)

Pernah dengarkan ayat tu? :D

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana Allah masih lagi memberi kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. ^^

hmm pada 21 Mac, keputusan SPM 2012 sudah diumumkan. andd yeaa SASER dapat menaikkan takhtanya ke tempat kedua seluruh SBP di Malaysia. :DD 

tapi, bukan senang tau nak melonjakkan rank tu. Ana ingat balik cikgu-cikgu tahun lepas dengan senior fivers bersungguh-sungguh nak naikkan nama sekolah. Cikgu-cikgu banyak sangat berkorban. Form 5 pun sampai stay up tahap la sebab study punya pasal. 

Menurut ana, memang berbaloi la keputusan SPM tu dengan usaha yang ditunjukkan mereka. :)
dan menurut ana juga, Allah jatuhkan rank sekolah ana pada spm 2011 pun ada hikmah. Mungkin Allah mahu hindarkan masyarakat sekolah ana daripada sifat riak, takbur, sombong, bangga ect. 
eh eh jangan salah faham. ana tak cakap saser ada sifat macam tu. ana berharap segala sifat mazmumah tu dapat dijauhi, campak je masuk parit. Lepastu, ambil yang mahmudah, jadikan amalan di sekolah ana.

 "Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu "

pernah dengar ayat ni juga kan? ^-^

result Alhamdulillah okay no.2.
stable la, ta sedih sangat, ta riak sangat. just okay lepas jatuh tahun tahun lepas. tetapi jatuh berhikmah.

haa ni lagi satu ana nak cerita, cerita yang sangaaattt seronok ! ^-^
tahu tak, dalam 145 straight a's kt sekolah ana, 2.5 over 4 achievers tu semuanya ahli BADARR !! DDD
ana tahan berdiri, tengok kat dewan tu, mata dah nak berair dah. tengok abang-abang badar naik stage. sangat terharu, gembira, bersyukur ahhh happy sangat x'))
even bukan ana ambil result, tapi ana rasa gembira bagi pihak abang-abang badar. ='D

yelaa mana tak happynye, 
ydp badar, timbalan 1, timbalan 2, ketua-ketua exco, ahli-ahli exco, semua straight a's!
nama ydp dengan timbalan, sekolah dah setting nak umum time akhir-akhir,
sampai sebelum nama timbalan announce, timbalan call ibu dia cakap dia tadapat. lastlast lepas dia off phone, terus nama dia kena mention. scene tu memang really epic awesomeness la :D

jadi betul la ayat atas tu, kalau kita tolong agama Allah, dakwah kat sekolah, ajak rakan-rakan buat baik, takde ruginya. abang-abang badar tu bukti yang ana memang nampak jelas depan mata ana. :D
just for your info, time exam biasa, diorang biasa-biasa je. ni sekali time spm, haah hambik kau sekali naik stage, bawa parents, peluk, kiss bagi menzahirkan rasa kegembiraan, rasa kesyukuran yang tidak terhingga.

usaha mereka, muka kerut-kerut, stay up, already paid cash with their extremely sky-high result.

okay tuje untuk pagi ni, nak sambung buat Addmath. hee 
alright seeya ;)

Thank Allah. May Allah bless your life, seniors :D

Romantik itu Sunnah Nabi

altSebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Especially my school la. Maklumlah all boys kann. Mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ? ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri. Jadi apa lagi, jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Haha 

Rasulullah SAW ialah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Sifat-sifat yang sempurna inilah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

Isteri Sebagai Bukti

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Hantar isteri keluar rumah
Sebagai contoh, menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bawa isteri jalan-jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian dan Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
 romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Baginda juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan manja
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Jangan Malu Jadi Romantik ! ;)
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.