Inspirasi


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.

Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.

Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.

Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.

Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.

“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?

“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?”

Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai.  “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.

Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.

Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau belok kiri tu.”

Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta.

Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”

Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?”

Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah.
“hmm.” Enjin kereta di matikan.
_________________________________

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan
agama.”

Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.


“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’

Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.


Ramadhan Bulan Hidayah


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." - [al-Baqarah: 183]

altSesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah S.W.T, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Ramadhan Bukan Hanya Menahan Lapar dan Dahaga
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Taqwa Dan Hidayah
Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah S.W.T. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah S.W.T. Dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Tunjukilah kami jalan yang lurus.." [al-Fatihah, ayat 6]

Ramadhan Bulan Menabur Benih

Ramadhan... Semakin hari semakin pergi meninggalkan kita. Sekejap sungguh masa berlalu. 2 Ogos yang lalu, saya berkesempatan menimba ilmu kuliah Ustaz Mohd Noor Zakaria di Masjid Bakar Arang, Sg. Petani.

altMenurut ustaz, "Bulan Ramadhan ibarat ladang. Allah S.W.T dah beri benih dan baja. Terserah kepada kita apa yang kita nak buat. Terpulang kepada kita macam mana kita nak tanam di ladang yang disediakan Allah S.W.T ni. Allah S.W.T janji, jika kita manfaatkan betul-betul peluang ini, maka hasil daripada apa yang kita tanam ni akan dilipat-kali gandakan."

Pesan ustaz lagi, "Kalau dulu tanam padi hasil 3-4 lori, maka pada bulan ni insya-Allah jika kita betul-betul pulun maka mungkin hasilnya melonjak naik kepada 7-8 lori. Inilah Ramadhan... Ibadat sunat bila dibuat dikurniakan pahala ibadat wajib, solat jemaah yang dijanjikan 27 kali ganda digandakan kepada berpuluh-puluh malah beratus kali ganda. Allahu Akbar... Betapa kasihnya Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Boleh lagi ka kita nak dakwa depan Allah S.W.T nanti kononnya kita tak dak peluang nak ibadat sedangkan Allah S.W.T dah sediakan satu bulan daripada 12 bulan dengan pelbagai tawaran menarik. Cuma terpulang kepada kita sama ada nak rebut atau nak buat dek ja ka."

Hari-hari yang berlalu sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini tidak akan datang lagi, yang tinggal hanyalah saki-baki hari Ramadhan tahun 1432H. Bulan Ramadhan tahun 1433H pula belum tentu kita dapat rasai. Jadi, ayuh! Rebutlah peluang sepanjang bulan Ramadhan yang masih berbaki ini. Bulan ini juga bulan untuk kita mendidik nafsu kita dan memperbaiki diri.

Keistimewaan bulan Ramadhan :
  • Bulan yang melonjakkan semangat jihad
  • Bulan mendidik diri agar istiqamah solat jemaah terutamnya solat Subuh dan Isya'
  • Bulan mendidik diri agar istiqamah ke masjid
  • Bulan mendidik nafsu agar tunduk kepada Allah S.W.T
  • Bulan mendidik diri agar tegar di jalan perjuangan
    • Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
      'Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum dikurniakan kepada sesiapapun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa itu terlebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, ikan-ikan di lautan memohon keampunan ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah S.W.T mempersiapkan serta menghiasi Syurganya setiap hari kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya hampir tiba bilamana hamba-hamba-Ku yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini Syaitan-Syaitan dirantaikan supaya mereka tidak dapat menggoda manusia ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam-malam terakhir Ramadhan (orang-orang berpuasa ini) akan diampunkan'. Maka sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W pun bertanya: 'Wahai pesuruh Allah, adakah malam itu malam Lailatul Qadar? 'Dijawab oleh Rasulullah S.A.W: 'Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu di beri balasan setelah menyempurnakan tugasannya.'
      Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang yang masih berbaki ini. Moga-moga bulan Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik yang pernah kita lalui. Insya-Allah...