Pada malam 25 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, pihak Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama BADAR SASER telah mengadakan Majlis Ceramah Maulidur Rasul pada peringkat sekolah. Pihak Panitia Pendidikan Islam SASER telah menjemput Ustaz Affandy bin Mat Nor untuk memberikan ceramah tersebut.
Laporan Majlis Tilawah Al-Quran
Pada 18 Februari yang lalu, pihak Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama BADAR SASER telah berjaya menganjurkan program Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencari wakil sekolah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan memupuk ukhwah sesama pelajar SASER. Selain itu, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membentuk pelajar yang berkemahiran dan berbakat khusus dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Syarahan Agama. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Syarahan Agama.
BADAR SASER ke KISAS..
Pada tanggal 21 Januari 2010, Badan Agama Dakwah Dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) telah mengadakan jaulah imamiah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Lawatan ini disertai seramai 25 orang ahli BADAR SASER bersama seorang guru pengiring iaitu Ustz. Kaspuddin b. Salahuddin. Lawatan ini bertujuan untuk melakukan pertukaran pintar dan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan barisan ahli BADAR KISAS.
Tujuan utama kehadiran kami ke KISAS adalah untuk bertukar-tukar pendapat untuk membuat pembaharuan dalam sistem BADAR SASER demi mencapai misi BADAR SASER.
Kami bertolak dari SASER pada pukul 3.00 petang dan selamat tiba di KISAS pada pukul 5.00 petang. Kedatangan kami disambut meriah oleh barisan BADAR KISAS. Kemudian kami dibawa ke Dewan Kuliah KISAS@Dewan Ulul Albab untuk taklimat ringkas mengenai penempatan kami di asrama.
Kemudian setelah selesai makan malam dan solat fardhu Maghrib secara berjemaah,wakil BADAR SASER telah dijemput oleh wakil BADAR KISAS untuk menyampaikan tazkirah kepada seluruh pelajar KISAS.Majlis tazkirah pada malam itu telah dimulakan dengan ucapan dari Presiden BADAR KISAS,Wan Mohd Murshid b. Wan Mohd Yusof.Kemudian, YDP BADAR SASER pula menyampaikan tazkirah berkaitan dengan Hijrah.Kemudian majlis tazkirah pada malam itu diteruskan sedikit tazkirah dari Timbalan YDP BADAR SASER sehinggalah azan Isya' berkumandang.
Subscribe to:
Posts (Atom)