Laporan Majlis Tilawah Al-Quran

Pada 18 Februari yang lalu, pihak Panitia Pendidikan Islam SASER dengan kerjasama BADAR SASER telah berjaya menganjurkan program Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencari wakil sekolah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan memupuk ukhwah sesama pelajar SASER. Selain itu, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membentuk pelajar yang berkemahiran dan berbakat khusus dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Syarahan Agama. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Syarahan Agama.
Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 . Program ini telah diadakan di Surau Al-Huda yang bermula dari pukul 9:00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11:00 malam. Berikut adalah nama-nama pemenang bagi acara yang dipertandingkan.


KEPUTUSAN

Hafazan Ayat Al-Quran

Tempat Pertama : Mohamad Hizami b. Mohamad Hilmi
Tempat Kedua : Mohd Nabil Nabhan b. Abdul Jalil
Tempat Ketiga : Muhammad Azizi b. Abdul Jalil



peserta bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran

Tilawah Al-Quran

Tempat Pertama : Jalaluddin b. Mohd Zaiki
Tempat Kedua : Adib 'Afifi b. Abdul Rahim
Tempat Ketiga : Muhammad Afiq Nashhan b. Lamalik


Peserta sedang Dinilai....

Syarahan Agama

Tempat Pertama : Muhammad Hanafi b. Salehuddin
Tempat Kedua : Hilmi Amri b. Mohamed Hassan
Tempat Ketiga : Muhammad Anas b. Mohd Zain



peserta bersungguh-sungguh menyampaikan syarahan ^^



*Pemenang-pemenang tempat pertama akan mewakili SASER ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah.



Kami pihak Panitia Pendidikan Islam dan BADAR SASER ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana membenarkan serta menyokong program ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak ini yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga pemenang-pemenang bagi program ini dapat mengharumkan nama SASER di peringkat yang lebih tinggi.


"SASER NAMAMU TERATAS, TAKKAN SASER HILANG TAKHTANYA"