BADAR SASER ke KISAS..



Pada tanggal 21 Januari 2010, Badan Agama Dakwah Dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) telah mengadakan jaulah imamiah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Lawatan ini disertai seramai 25 orang ahli BADAR SASER bersama seorang guru pengiring iaitu Ustz. Kaspuddin b. Salahuddin. Lawatan ini bertujuan untuk melakukan pertukaran pintar dan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan barisan ahli BADAR KISAS.

Tujuan utama kehadiran kami ke KISAS adalah untuk bertukar-tukar pendapat untuk membuat pembaharuan dalam sistem BADAR SASER demi mencapai misi BADAR SASER.
Kami bertolak dari SASER pada pukul 3.00 petang dan selamat tiba di KISAS pada pukul 5.00 petang. Kedatangan kami disambut meriah oleh barisan BADAR KISAS. Kemudian kami dibawa ke Dewan Kuliah KISAS@Dewan Ulul Albab untuk taklimat ringkas mengenai penempatan kami di asrama.



Kemudian setelah selesai makan malam dan solat fardhu Maghrib secara berjemaah,wakil BADAR SASER telah dijemput oleh wakil BADAR KISAS untuk menyampaikan tazkirah kepada seluruh pelajar KISAS.Majlis tazkirah pada malam itu telah dimulakan dengan ucapan dari Presiden BADAR KISAS,Wan Mohd Murshid b. Wan Mohd Yusof.Kemudian, YDP BADAR SASER pula menyampaikan tazkirah berkaitan dengan Hijrah.Kemudian majlis tazkirah pada malam itu diteruskan sedikit tazkirah dari Timbalan YDP BADAR SASER sehinggalah azan Isya' berkumandang.




Selepas selesai Solat Isya', barisan Exco BADAR KISAS telah menjalankan aktiviti Ice Breaking bersama kami.Aktiviti ini membantu kami saling berkenal-kenalan sebelum aktiviti seterusnya dimulakan.Aktiviti pada malam itu cukup menarik dengan bebrapa modul telah dilakukan oleh wakil dari BADAR KISAS.Kemudian,pada jam kira-kira 4.30 pagi,barisan exco BADAR SASER pula menjalankan aktiviti Qiamullail bersama wakil dari BADAR KISAS.



Keesokan harinya,Jumaat, 22 Januari 2010,kami bergerak ke kawasan sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk menjalankan aktiviti seterusnya.Pagi itu dimulakan dengan lawatan ke seluruh kawasan sekolah KISAS.Exco BADAR KISAS telah membawa dan memimpin kesemua Exco BADAR SASER untuk melawat ke tempat-tempat menarik di seluruh KISAS.Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memperkenalkan kami dengan binaan-binaan bersejarah dan kawasan-kawasan menarik yang terdapat di KISAS.Setelah habis lawatan, BADAR SASER melakukan pembentangan mengenai BADAR di SASER kemudian diikuti dengan dengan pembentangan dari Presiden BADAR KISAS mengenai BADAR di KISAS.



Selesai pembentangan tersebut, rehat di kantin sebelum di mulakan perkongsian pintar.Selepas kami selesai menjamu selera di kantin,perkongsian pintar pun di mulakan.Kesemua exco dipecahkan mengikut biro masing-masing dan perbincangan dilakukan.Sesungguhnya perkongsian pintar inilah merupakan aktiviti yang paling bermakna kerana pelbagai input dari SASER dan KISAS dapat diperolehi daripada kedua-dua pihak.Setelah jam 11.15,perkongsian pintar ditamatkan.

Kemudian,kesemua barisan Exco BADAR SASER dijemput pula ke Masjid Sultan Suleiman,Klang untuk mendirikan Solat Jumaat bersama para pelajar KISAS.Setelah selesai solat Jumaat mereka bergerak ke Dewan Makan KISAS untuk makan tengahari.

Aktiviti terakhir pada hari itu adalah majlis penutup.Majlis bermula pada jam 3.00 petang kemudian berakhir pada kira-kira jam 4.30 petang.Sesungghnya majlis tersebut merupakan saat paling menyedihkan bagi kedua-dua pihak kerana setelah dua hari bersama akhirnya terpaksa berpisah.

Setelah selesai aktiviti, kami pulang ke SASER.Di sini kami sediakan laporan mutimedia agar para pembaca dpt merasakan kemeriahannya.





Harapannya moga perkongsian pintar ini membawa banyak faedah dan kebaikan bagi kedua-dua pihak.Insyaallah.Wallahu A'lam.

diambil dari : badarkisas.blogspot.com