Khas Buat Badar Saser 9th Batch...


QS Art Performance productions...

Perutusan khas dari Akh Adib Afifi... 

Satu perkara yg ana khuatir, bahawa terputusnya antum dari peranan sebagai BADAR di sekolah, terputus juga peranan antum sebagai pendakwah.Mereka yang faham akan tujuan menjadi HAMBA dan KHALIFAH, tidak akan meninggalkan tarbiah dan dakwah. Islam memang akan bangkit,dan terus maju, cuma persoalannya,adakah kita sebagai penggerak atau pemerhati, apalagi penentang kemajuan ISLAM itu sendiri? 

Untuk berdakwah, perlunya kita merancang secara tersusun dan sistematik. Jika di sekolah ada BADAR sebagai penggerak dakwah, maka di peringkat lebih tinggi antum akan berjumpa dengan banyak pertubuhan yang mempunyai hadaf(tujuan) yang sama,iaitu untuk mencapai Ustaziatul Alam (islam di peringkat tertinggi). 

Ada yang bertanya kenapa islam tak di bawa satu jemaah/persatuan sahaja?bukankah banyaknya jemaah itu perpecahan? Hakikatnya memang semua jemaah islam ini adalah berlandaskan Quran dan Sunnah,cuma perbezaan takrifan terhadap sumber2 itu sendiri menyebabkan muncul banyak gerakan dakwah. Ana tidak mampu menjelaskan lebih dari ini, kerana kefahaman datang daripada pengalaman dan keizinan dari Allah sendiri. 

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, Dia memberikannya kefahaman dalam agama”.(sahih Bukhari Muslim) 

Selain itu, Ana juga memohon seribu kemaafan kepada sahabat2 sekiranya ada kelemahan dan kesilapan sewaktu sama2 bekerja dahulu. Ana cuma insan biasa yg diberi amanah besar,dan ana berterima kasih atas segala yang antum buat demi menjaga biah solehah sekolah dan usaha memelihara islam pada tempatnya. Kejayaan kita tidak dilihat pada ramainya datang subuh di masjid atau banyaknya program besar yang dianjurkan,tetapi pada keikhlasan bekerja Lillahi ta'ala. Semoga Allah merahmati kita semua dan antum mendapat keputusan yg cemerlang dlm SPM 2011. Kalau ada peluang belajar di Mesir,ana doakan kita dapat berjumpa, Insya-Allah.  

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. (al Baqarah,286)


Join BADAR SASER's Facebook : Alumni Badar SASER

Perumpamaan Terhadap Manusia Dalam Al-Quran


Bagi manusia yang lalai dan tidak bertanggungjawab terhadap potensinya serta tidak menyedari atau memahami potensi yang diterimanya, ia akan mendapat kerugian yang besar. Di antara akibat kelalaiannya adalah diumpamakan Allah dengan binatang dan tanaman hingga ia serupa dengan binatang atau makhluk lainnya yang lebih rendah.

Apabila potensi ini digunakan dengan baik melalui ibadah dan amal saleh, maka ia akan berbahagia. Sebaliknya jika potensi tersebut tidak digunakan, maka mereka akan mendapat penghinaan dan status yang tidak bernilai di hadapan Allah SWT. Mereka diumpamakan dengan monyet, anjing, babi, kayu, batu, labah-labah dan keldai.

Kal-An’am (Bagaikan binatang ternak)
Manusia diberi hati, mata dan telinga untuk mengenal tanda-tanda Allah tetapi jika tidak digunakannya maka sama sahaja tidak mempunyai potensi tersebut. Binatang tidak mempunyai potensi seperti yang dimiliki oleh manusia, maka wajar Allah berikan perumpamaan terhadap manusia seperti binatang ternak.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf, 7: 179 )

Manusia sering menuruti hawa nafsu sehingga menjadikan nafsu sebagai Tuhan sehingga lalai dengan tidak mendengar dan tidak memahami firman Allah.
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 43-44)

Kal-Kalb (Bagaikan anjing)
Allah berikan hawa nafsu kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi dinamik. Dengan nafsu, manusia mempunyai cita-cita, keinginan untuk berkahwin, bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan, makan dan minum dan sebagainya.

Nafsu perlu dikendalikan dan dikawal bukannya dituruti sepenuhnya seperti binatang yang tidak mampu mengendalikan nafsu. Allah memberi perumpamaan seperti anjing apabila manusia terlalu menurut hawa nafsu mereka.
“Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya.” (al-A’raf, 7: 176)

Kal-Qird (Bagaikan kera)
Mereka yang tidak beramal saleh dan fasik mendapat balasan yang lebih buruk iaitu dikutuk dan dimurkai oleh Allah. Ayat 160 daripada surah al-Maidah menyebut tentang perumpamaan terhadap orang fasik (yang disebut pada ayat sebelumnya dalam surah tersebut) sebagai kera dan babi.
“Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut.” Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.” (al-Maidah, 5: 60 )

Kal-Khinzir (Bagaikan babi)
Dalam ayat 160 surah al-Maidah seperti di atas juga menyebut perumpamaan seperti babi terhadap orang-orang fasik. Babi adalah makhluk yang diharamkan oleh Allah untuk memakannya sebagai ujian kepada manusia, dan ia memiliki berbagai karakter yang tidak baik. Manusia bagaikan babi adalah manusia yang memiliki pelbagai karakter yang tidak baik.

Maksud hadith;
Dari ibnu mas’ud RA beliau berkata, “RasulAllah SAW ditanyai mengenai kera dan babi, apakah ia merupakan binatang yang dialihrupakan oleh Allah?” beliau menjawab, “Allah tidak membinasakan suatu kaum”, atau beliau mengatakan, “Allah tidak mengalihrupakan suatu kaum lalu menjadikan mereka berketurunan dan beranak cucu dan bahawasanya kera dan babi ada sebelum itu” (HR Ats-Tsauri)

Kal-Hijarah (Bagaikan batu)
Mereka yang keras hatinya sehingga ingkar dan tidak mahu menerima perintah Allah diumpamakan seperti batu bahkan lebih keras lagi. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran yang menyifatkan sikap bani Israil yang degil dan ingkar arahan Allah melalui rasulNya, nabi Musa.

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah, 2: 74)

Kal-‘Ankabut (Bagaikan labah-labah)
Manusia sering angkuh dan sombong dengan kebolehan dan potensi yang Allah kurniakan. Mereka berbangga dengan pencapaian dan kuasa yang mereka perolehi di dunia hingga menganggap tidak ada perkara yang boleh membinasakan mereka.

Firaun begitu angkuh dan mendakwa dia adalah Tuhan yang boleh menentukan hidup dan mati. Namun ternayata dia tidak dapat melindungi diri apabila ditelan oleh laut yang ketika mengejar nabi Musa.
Hanya Allah merupakan pelindung yang paling berkuasa dan tidak mampu ditandingi. Jika manusia mencari pelindung selain Allah, ternyata ia amat sia-sia kerana makhluk tidak mempunyai kekuatan dan amat lemah.
“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui.” (Al-‘Ankabut, 29: 41)

Kal-Himar (Bagaikan keldai)
Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah diibaratkan seperti keldai. Mereka telah diberikan panduan tetapi tidak mengambilnya. Suatu kerugian yang besar bagi manusia yang telah mengenal Allah tetapi kemudian mendustakannya.

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustkan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (al-Jumu’ah, 62: 5)

Kal-Khasyab (Bagaikan kayu)
Manusia sering bersikap tidak jujur dan hipokrit. Mereka hanya mengejar dunia dengan kemewahan, keseronokan dan kecantikan yang bersifat sementara. Nilai ini dianggap penting dan dipandang tinggi oleh manusia tetapi ianya bukan suatu yang bermakna di sisi Allah SWT sehingga Allah umpamakan seperti kayu.

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah mush yang sebenarnya maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan dari kebenaran?” (al-Munafiqun, 63: 4)

Azam Dan Tawakal.

"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
Surah Ali-Imran : Ayat 159
Tafsiran Ringkas:
Setiap manusia menaruh harapan untuk mengecapi bahagia dan mengimpikan kecemerlangan segera hadir dalam setiap detik kehidupan yang di lalui. Tiada seorangpun yang bergelar manusia itu mengingankan sesuatu yang buruk dan malang menimpa mereka. Malah kegagalan adalah sesuatu yang di minta dijauhkan.

Azam boleh diertikan sebagai kemahuan ( keinginan, cita-cita dan sebagainya ) yang sangat kuat. Berazam pula mempunyai pengertian mempunyai azam, bertujuan (dengan seungguhnya), bercita-cita kuat untuk melakukan atau mencapai sesuatu. Dalam erti kata lain, azam boleh bertindak sebagai penentu darjah kesungguhan seseorang dalam mencapai matlamat. Azam juga boleh menjadi pemangkin kepada keberanian seseorang untuk melakukan sesuatu melebihi daripada tahap biasa.Meneneliti dan sedar akan pengertian azam itu, tentu ramai setuju bahawa setiap orang memang perlu malah dituntut mempunyai azam. Namun pembentukan azam tidak semestinya hanya dibuat pada awal tahun semata-mata. Kita jangan terikat dengan masa ketika mahu membuat azam.
Orang yang berjaya tentunya akan sentiasa membina azam, tidak kira masa dan tidak hanya ketika munculnya tahun baru. Azam baru akan sentiasa dibina setiap kali azam lama dapat dicapai. Orang sebegini sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mempunyai semangat baru dalam menempuhi kehidupannya.

Pengisian waktu cuti sekolah

Assalamualaikum, kawan-kawan!

Cuti sekolah tiba sekali lagi. Badarsaser yakin ramai yang kebosanan di rumah kerana tidak tahu aktiviti apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, pihak Badarsaser ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda lakukan sebagai pelajar sekolah agar waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

Perlu diingatkan di sini, tips ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan seperti UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan.

Antaranya tipsnya ialah :

1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”
Belajar dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa inglish selama satu jam setiap pagi.

2. Siapkan semua kerja sekolah yang diberikan
Pihak Badarsaser percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

3. Menyemak nota-nota
Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab soalan berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM.
Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kekawan untuk mendapatkan set-set soalan tersebut.

Umat Islam Perlu Lahirkan Ramai Tenaga Pakar

alt


Ramai tokoh-tokoh perubatan Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sains perubatan antarabangsa untuk beberapa abad lamanya.Ilmu perubatan merupakan di antara bidang yang paling digemari oleh orang-orang Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Pengajian dalam bidang ini telah muncul seawal abad pertama Hijrah.

Karya-karya tokoh perubatan Islam seperti al Razi dan Ibnu Sina merupakan rujukan asas dalam bidang perubatan di universiti-universiti Eropah.

1.Buku 'al Hawi' karya al Razi dan beberapa karya lain kekal selama beberapa abad dan digunakan dengan begitu meluas sebagai rujukan dalam ilmu perubatan.

2.Bagi karya Ibnu Sina yang terkenal bertajuk 'al Qanun Fi al Tibb' pula telah digunakan sepanjang 600 tahun, sejak abad ke 12 hingga ke 17 M sebagai rujukan asas dalam pengajian ilmu perubatan di Eropah termasuk di semua universiti  di Perancis dan Itali. Pada abad ke 15M, buku ini telah dicetak sebanyak 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Hebrew. Buku ini kemudiannya telah diulang cetak beberapa kali sehingga abad ke 17.

Di Baghdad, ibu kota Iraq  telah memilih ilmu perubatan dan kedoktoran sebagai cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji secara sistematik. Banyak hospital atau rumah sakit yang telah dibina oleh pemerintah dengan kerjasama para sarjana Islam.  

3.Khalifah Harun al-Rashid (170H/786M – 193H/809M) telah mendirikan rumah-rumah sakit (Bimaristan) di seluruh negara. Rumah-rumah sakit di Kaherah pada zaman Ibn Tulun telah diasingkan di antara wad lelaki dan wanita.

4.Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pula telah membina hospital khas untuk merawat pesakit-pesakit kusta.

Muktamar Sanawi BADAR SASER 2011

Pada 3 November 2011, BADAR SASER 2012 dengan kerjasama ustaz dan ustazah selaku guru penasihat BADAR SASER telah menganjurkan satu jamuan makan malam dan Muktamar Sanawi BADAR SASER 2011. Objektif utama program ini adalah bagi menghargai ahli BADAR SASER 2011 serta mempererat hubungan antara ahli BADAR tingkatan 5 dan tingkatan 4 serta guru-guru penasihat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Ali Ahmad Bin Mazlan. Selepas itu, Majlis mempersilakan, Guru penyelaras BADAR 2011 iaitu Ustaz Mohd Kaspuddin untuk menyampaikan ucapan dan diikuti oleh Amanat daripada Tuan Hj. Sabuddin, pengetua SASER. Pada malam itu, jemputan-jemputan dan ahli BADAR telah dihidangkan dengan Nasi Kerabu, Sate dan Kek Keju.

Ketika jamuan makan berlangsung, para tetamu juga telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia. Selepas jamuan makan malam berlangsung, majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek oleh HICOM BADAR SASER 2011.

Muktamar Sanawi pula menyusul sejurus sahaja jamuan makan malam selesai. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Kaspuddin selaku guru penyelaras. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan diikuti pula oleh ucapan YDP BADAR SASER 2011, saudara Hariz (5 Alfa) dan diikuti oleh ucapan daripada NYDP BADAR SASER 2011 iaitu saudara Jalaluddin (5 Beta). Tepat jam 2335, YDP BADAR SASER 2011 mewakili semua ahli BADAR telah membubarkan ahli jawatankuasa BADAR 2011. Sejurus kemudian, Ustaz Mohd Kaspuddin telah memperkenalkan HICOM yang menjadi tonggak utama organisasi BADAR 2012.

Yang Dipertua: Zharif Fikri Bin Na'am
N. Yang Dipertua 1 : Ahmad Nur Rifhan Bin Supian
N. Yang Dipertua 2 : Ahmad Zuhdi Bin Ahmad Shaarani
Setiausaha : Muhammad 'Ilman Bin Ashry
Bendahari : Syukri Bin Airil

Moga-moga dengan pelantikan tersebut, ahli BADAR pada tahun hadapan akan dapat menggalas tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Ucapan terima kasih kepada para jemputan kerana dapat hadir ke majlis yang penuh bermakna ini. Sekalung penghargaan juga kepada ustaz dan ustazah yang tidak jemu dalam memberi tunjuk ajar dalam menjayakan majlis ini. Semoga, dengan majlis ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara ahli BADAR SASER dan guru-guru. InsyaAllah.