Tawakal

Tawakal bererti menyerahkan diri kepada Allah s.w.t dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatanNya dalam menjayakan sesuatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindunganNya pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud : "dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri dan ingat kepada Allah maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah Al-Thalaq 65:3).

jangan keliru dengan memisahkan antara usaha dengan tawakal. Telah databng kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepas sahaja kemudian saya bertawakal?" Rasulullah s.a.w menjawab maksudnya : "tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat Al-Tirmizi)



menurut hadis riwayat dari Imam Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w juga turut digelar Al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan Al-Amin.

Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti yang berikut :
  1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran.
  2. Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala laranganNya.
  3. Sumber kekuatan, antaranya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa malaikat mampu menanggung arasy dengan membaca lafaz "lahaulawalaquataillabillah"
  4. Membentuk sifat optimis tentang segala-galanya.
  5. Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t.
  6. Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

sunber rujukan : majalah SOLUSI