Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran SASER 2013

Keputusan Khat Jawi Peringkat SASER 2013

1. Ahmad Khairul Hafeez Bin Abdullah Zaidi
Juara Khat Jawi peringkat SASER 2013

  • Markah : 90
2. Muhammad Arif Bin Ruslan
  • Markah : 80
3. Muhammad Ibrahim Bin Zaharuddin
  • Markah : 75
4. Muhammad Amir Izzat Bin Razali
  • Markah : 55                                                  


Keputusan Nasyid Peringkat SASER 2013             

1. Kediaman TUAH
Persembahan Nasyid (Kediaman Lekir)
  • Markah : 83
2. Kediaman JEBAT                                         
  • Markah : 76
3. Kediaman Lekir
  • Markah : 70
4. Kediaman Kasturi
  • Markah : 60

Keputusan Berzanji Marhaban Peringkat SASER 2013

1. Kediaman KASTURI
Persembahan Berzaniji Marhaban (Kediaman Kasturi)

  • Markah : 78/70
2. Kediaman JEBAT
  • Markah : 69/64
3. Kediaman TUAH
  • Markah : 59/-
4. Kediaman LEKIR
  • Markah : 47/-

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat SASER 2013

1. Muhammad Danial Othman

  • Markah : 93
2. Muhammad Syamil Kamaruddin
  • Markah : 67
3. Mohammad Ali Yazdani
  • Markah : 42
4. Farid Amirul Burhanuddin
  • Markah : 40
5. Mohammad Khusairi Ariff Rosly
  • Markah : 34
Keputusan Hafazan Al-Quran Peringkat SASER 2013

1. Muhammad Adib Farhan Bin Haris Fadillah
  • Markah : 8/9 Hafaz
2. Ahmad Ariff Bin Anuar
  • Markah : 5/9 Hafaz
3. Raja Aiman Bin Raja Zainal Abiddin Shah
  • Markah : 5/9 Hafaz
4. Muhammad Afiq Daniel Bin Azmi
  • Markah : 3/9 Hafaz

Keputusan Syarahan Peringkat SASER 2013

1. Norsyafiq bin Jamil

  • Markah : 68
2. Mohammad Faizal Zulaini
  • Markah : 59 
3. Mohammad Syamil Bin Kamaruddin
  • Markah : 56
4. Ahmad Haziq Ismail
  • Markah : 53
5. Hamizan Yaacob
  • Markah : 30







                             

SOLAT SUNAT DHUHA


Penerangan :

Solat Sunat Dhuha dilakukan apabila Matahari naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya sehingga sebelum masuk waktu Zuhur.

Dikerjakan Dua, Empat, Enam ataupun Lapan rakaat.

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersolat Dhuha Enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika terbit Matahari (Dua Rakaat) dan juga tatkala Matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak Empat Rakaat.

Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Dhuha :

1.Lafaz Niatnya
"Sahaja aku Solat Sunat Dhuha Dua Rakaat kerana Allah Taala."
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah Surah as-Syams. Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah Surah al-Dhuha. ataupun (Surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua)
2. Semasa sujud akhir bacalah sebanyak 40 kali :
3.Selepas memberi salam berdoalah :
    "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu."

  "Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang 
soleh."

Istighfar (Bahagian 1)


Maksud beristighfar :
Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lekang daripada melakukan dosa.

Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayangmembuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.






Allah SWT berfirman  yang maksudnya :

Dan Mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Muzzammil : ayat 20)

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)


Hadis 3

Al-Bara' bin 'Azib berkata:

Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila beliau memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar al-'Abdi, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara' bin 'Azib

DOA (Bahagian 1)




Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan seorang insan dengan penciptanya iaitu Allah SWT sebagai  penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.

Doa terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. Berbentuk mengesakan Allah SWT disamping memuji-Nya.


2. Memohon daripada Allah SWT keampunan, rahmat-Nya dan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

3. Memohon kepada Allah SWT untuk kepentingan dunia seperti meminta harta, zuriat dan sebagainya.